Tanah rizab Melayu sepatutnya dibangunkan - MB Selangor


Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim hari ini menyatakan pendirian menggalakkan agar tanah rizab Melayu di negeri ini dibangunkan untuk tujuan tertentu bukannya hanya dibiarkan begitu sahaja.

Beliau ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, pembangunan tanah berkenaan harus dilakukan memanndangkan ada tanah-tanah tersebut mempunyai nilai komerisal yang dilihat memberi keuntungan khususnya kepada para pemiliknya.

"Saya menggalakkan pembangunan tanah-tanah rizab Melayu ini kerana jika ia tidak dibangunkan, nilai tanah-tanah itu tidak dirasai oleh para pemiliknya.

"Bagaimanapun, pembangunan itu tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. apa jua keputusan pembangunan tanah berkenaan, ia perlu diketahui masyarakat," katanya ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) mengenai jumlah keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini.

Pada masa yang sama, Abdul Khalid turut menyatakan bahawa jumlah keluasan tanah rizab Melayu secara keseluruhannya ialah 182,701.7 hektar.

Dari segi pecahan katanya, tanah rizab Melayu yang terbesar di negeri ini dicatatkan di Sabak Bernam yang mempunyai seluas 69,129.4 hektar tanah berkenaan manakala Gombak (4,576.8 hektar), Sepang (9,146 hektar) dan Hulu Langat yang mempunyai keluasan 13,237.5 hektar.

Selain itu katanya, Hulu Selangor mencatatkan 12,720.8 hektar tanah rizab Melayu manakala Kuala Langat (15,012.3 hektar),


Kuala Selangor (7,474.5 hektar) serta Klang seluas 9,123 hektar dan Petaling seluas 1,093.2 hektar.

Jelasnya lagi, kesemua tanah-tanah berkenaan telah telah gazetkan sebagai tanah rizab Melayu bagi mengelakkan tanah-tanah itu daripada ditukarkan statusnya untuk tujuan pembangunan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan tanah-tanah berkenaan boleh dipertimbangkan untuk tujuan pembangunan termasuk ditukarkan statusnya yang benar-benar memerlukan untuk berbuat demikian.

Namun katanya, untuk menukar status tanah rizab Melayu berkenaan, ia harus melalui pendengaran awam terlebih dahulu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment