DUN Selangor: Speaker Seperti Mahu 'Melindungi' MB - Isa Kassim


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini 'hangat' seketika apabila berlaku pertikaman lidah sehingga menyebabkan Datuk Mohd. Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) diarahkan keluar dewan selama dua jam. 

Pertikaman lidah itu berlaku apabila Mohd Isa telah diberikan amaran oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang yang meminta beliau duduk beberapa kali daripada bangkit mengemukakan soalan tambahan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok) mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri. 

Dalam sesi soal jawab itu, Abdul khalid menyatakan mengenai dakwaan perbelanjaan tidak cermat pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum ini yang menyatakan ada projek dilaksanakan tidak kena apabila kos yang sepatutnya bernilai RM20 juta menjadi RM40 juta.   

Bagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan oleh Mohd. Isa yang enggan duduk setelah beberapa kali diarahkan sehingga memaksa Chang Khim menggunakan perkara 44(2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan dengan mengarahkan Mohd. Isa meluar dewan selama 2 jam bermula kira-kira 11.30 pagi ini. 

Sementara itu, Mohd. Isa ketika bercakap kepada media di luar dewan menyatakan menyatakan rasa kesal dengan tindakan speaker itu yang disifakannya seolah-olah cuba menutup mulut beliau daripada mempersoalkan dakwaan Abdul Khalid yang juga Menteri Besar itu. 

Katanya,dakwaan tersebut disifatkannya sebagai 'sangkaan jahat' yang cuba memburuk-burukkan BN yang bermotifkan politik. 

Malah katanya, Abdul Khalid juga tidak memgemukakan sebarang bukti mengenai dakwaannya itu temasuk jenis projek, syarikat yang dilantik dan sebagainya. 

"Kita kesal dengan tindakan Speaker ini yang seolah-olah cuba 'melindungi' Abdul Khalid daripada menjawab dakwaan itu," tambahnya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    10:46 PM

    laaaa...hampir 4 thun perintah....masih jugak kisah silam BN konon 'jahat' keluar dari mulut khlaid dalam dewan!!??? tuduhaN dan dakwaan tanpa detail pulak tu.....wayang kulit si khalid dah kembali!!

Post a Comment