Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuang, Tuan Abdul Shukur bin Idrus
mencabar kerajaan negeri untuk menyatakan apakah pembangunan yang telah
dilakukan sepanjang empat (4) tahun mentadbir di Selangor.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan ADUN Seri Muda,
Shuhaimi Shafiei yang melemparkan tuduhan bahawa kerajaan Selangor terdahulu
dibawah Barisan Nasional menjual banyak tanah namun tidak mahu dan enggan
mengemukakan sebarang bukti.
Shukur turut membidas retorik penjimatan air RM11.00 yang
dinikmati oleh rakyat di Selangor, sedangkan bukan semua golongan yang telah
menerima faedah tersebut.
"Tidak semua rakyat yang menikmati RM11.00 air percuma
ini," tambah beliau.
"Rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tinggal di rumah
pangsa yang menggunakan meter pukal tidak pernah menikmati faedah ini,
bagaimana pula kerajaan negeri boleh mengatakan rakyat Selangor telah menikmati
air percuma.
ADUN Kuang ini turut berkata golongan yang tinggal di rumah mewah,
banglo, kilang serta industri turut menerima air percuma walhal golongan ini
tidak menerima apa-apa kesan dari penjimatan ini.
"Sepatutnya rakyat yang menggunakan meter berpukal inilah
golongan sasaran utama yang wajib menerima penjimatan RM11.00 ini," kata
Shukur. Beliau turut mencabar Shuhaimie untuk menunjukkan bukti pembangunan
yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 4 tahun ini.
"Sebatang jalan pun tidak dibuat atas nama nama jalan baru
walaupun menerima peruntukan RM350 juta setahun dari kerajaan pusat,"
tegas Shukur.
Beliau turut menyindir jika Shuhaimi boleh menamakan mana-mana
masjid, surau, tokong dan kuil baru yang telah dibina sepanjang pemerintahan
PKR....
0 Komen