Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim
secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk
Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla
mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.
Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk
menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan
rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam
Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa
yang lain.
Malah ugutan kekerasan oleh dua orang
penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan
Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar
salahlaku Ketua Umum PKR itu.
Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi
secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan
tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen
- satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.
Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili
Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera
menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan
yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan
kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.
Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak
berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya
termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang
pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus
dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik
wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.
Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim
seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan
sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar
mempercepatkan proses saman kes tersebut.
Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila
kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak
bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.
Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja
memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan
kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak
dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan
kepada pihak Nalla.
Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila
Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau
menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri
perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh
tidak berganjak.
Ramai yang menantikan penghujung kes ini
dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti
blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR
yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.
0 Komen