ANWAR nampaknya telah mula merasakan kesan dari pelbagai program turun padang bertemu dengan rakyat yang dijalankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Mahyudin Yassin.
Maka itu Anwar tidak mahu ketinggalan juga
dengan menerbitkan video propaganda bagi menggambarkan yang dia juga seorang
pemimpin berjiwa rakyat seperti mana Datuk Seri Najib.
Konsep yang dipilih untuk penerbitan video
tersebut juga sama dengan program turun padang yang dijalankan Datuk Seri
Najib.
Kalau Najib naik LRT, dalam video itu Anwar
juga naik LRT, Najib minum teh dengan rakyat, Anwar juga minum teh dengan
rakyat, Najib salam-salam dengan rakyat, Anwar juga begitu dalam videonya.
Semua ini nampak usaha Anwar untuk menyaingi
apa yang dibuat Datuk Seri Najib.
Tapi nak tanyalah, apa dah takde idea lain
ke, melainkan tiru apa yang dilakukan pemimpin tersohor Barisan Nasional (BN)
dan UMNO tersebut? Cubalah cari idea sendiri gamaknya. Naik beca ke, naik
basikal ke, tak pun naik kuda.
Jangan naik atas punggung orang lain
sudahlah.
Semua ini timbul, dikala macai Anwar dibawah
sedang sibuk memperkatakan soal BN meniru banyak benda yang dicadangkan mereka
dalam Buku Jingga. Sehingga ada idea supaya Buku Jingga itu dipatenkan, untuk
mengelak dari terus ditiru BN.
Idea bodoh siapalah itu ya, lupa pulak tapi
tak salah asal dari orang PAS jugaklah.
Ya, yang penting isunya itu sementara macai
dibawah galak menuduh kita meniru mereka, Anwar sendiri meniru bulat-bulat apa
yang diperbuat Datuk Seri Najib. Why?
Itu menunjukkan bahawa apa yang dibuat Datuk
Seri Najib itu ada kesan mendalam kepada rakyat dan ia diakui Anwar serta para
penasihat dan perunding imej yahudinya iaitu masing-masing National Democratic
Institute (NDI) dan Konrad Adenaeur Foundation (KAF) yang penulis percaya
menjadi tulang belakang penerbitan video tersebut.
Kalau tiada kesan, kenapa Anwar perlu tiru ye
tak?
Itulah dia Anwar pun dari dulu sampai
sekarang pun, mana pernahnya yang datang dari diri sendiri. Kalau tak penasihat
dan perunding Yahudi maklumkan kepada dia, dia akan tiru apa yang baik dibuat
pemimpin BN dengan sedikit pengubahsuaian di sana sini.
2:03 AM
Salam Bro,
Mohon link Blog EP
http://empayar-pemuda.blogspot.com
TQ
2:05 AM
Salam, saya akan linkkan blog Tuan sekarang juga....
Semoga kerjasama kita akan membawa kemenangan besar pada PRU13 dan yang paling penting, kita sama-sama menangani budaya fitnah dalam kerajaan PR di Malaysia ini....
Salam perjuangan dari Sahabat-Gunung