Wahai Mazlan Aiman, Waris, Anak & PAS - Cerminlah Diri Terlebih Dahulu!!!


Muka-muka yang tidak tahu malu selepas  tidak dilayan Ketengah untuk menyerahkan memorandum. Paling kanan Mazlan Aiman yang mahu menjadi hero di Terengganu pula!

Peranan double standard yang dimainkan oleh Mazlan, GO dan PAS membuktikan mereka tidak cermin diri! Apa yang dapat dilihat sejak memerintah Kelantan lebih 20 tahun, kerajaan PAS gagal membangunkan kawasan pembangunan wilayah di Kelantan. Yang terus memajukan rakyat ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang fungsinya sama dengan Ketengah dan sehingga kini rakyat atau peneroka di dalamnya menikmati pelbagai hasil dan bantuan kerajaan. 

Siapa Mazlan Aiman untuk menentukan atau mengatakan keengganan menerima memorandum daripada Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris)a akan menjejaskan nama baik atau reputasi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)?

Apakah tindakan atau keengganan menerima memorandum daripada Waris dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) sebagai perbuatan tidak cerdik (bodohlah tu!)?

Malah, lebih jauh Mazlan menuduh ada dalang yang akan mengundang kontroversi. Kontroversi apa? PAS dan ANAK menyifatkan berlaku pembaziran di Ketengah.

Kata Mazlan semalam, “Saya fikir jika seluruh agensi ini, dengan peruntukan berbilion setiap tahun diluluskan dalam Bajet di Parlimen. Jika agensi-agensi ini gagal, kita harus memikirkan dasar-dasar yang baru.Bagi saya, sangat rugi dengan jumlah tanah 640,000 hektar di Ketengah tetapi masih tidak nampak kejayaan yang baik dan cemerlang di Wilayah Ketengah ini.”

Mazlan mengatakan perkara itu ketika berucap di hadapan pintu masuk bangunan pejabat Ketengah di Bandar Al-Muktafil Billah Shah (AMBS), dekat Dungun semalam. Menurutnya, NGO Waris telah membawa suara rakyat melalui 12 perkara penting yang dijadikan memorandum kepada pihak Ketengah dan kerajaan.

Beliau yang juga Pengerusi Anak, Mazlan Aliman menegaskan rakyat tidak mahu lagi pembaziran terus berlaku dalam kerajaan dan agensi-agensinya.

Katanya, setiap tahun berbilion telah diluluskan dalam bajet di Parlimen dengan peruntukan yang banyak termasuk di Ketengah dan wang itu sebagai pembaziran.

Peranan double standard yang dimainkan oleh Mazlan, GO dan PAS membuktikan mereka tidak cermin diri! Apa yang dapat dilihat sejak memerintah Kelantan, kerajaan PAS gagal membangunan kawasan pembangunan Wilayah di Kelantan.

Yang terus memajukan rakyat ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang fungsinya sama dengan Ketengah dan sehingga kini rakyat atau peneroka di dalamnya menikm ati pelbagai hasil dan bantuan kerajaan.

Ternyata kerja Mazlan yang memegang tiga jawatan – dua NGO dan dalam PAS – ialah memperlekehkan usaha Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang diperintah Barisanm Nasional dan menyerahkan memorandum.

 Kenapa tidak serahkan memorandum kepada kerajaan Kelantan supaya program Ladang Rakyatnya mampu dijadikan contoh mengatasi Ketengah atau Kesedar terlebih dahulu?

Apakah Ladang Rakyat bebas masalah? Apakah Ladang Rakyat tidak membazir? 

Hakikatnya, adalah menjadi hak Ketengah mahu menerima memorandum Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris). Waris boleh mendakwa keengganan Ketengah yang enggan membenarkan rombongan pihaknya menyerahkan Memorandum Rakyat akan hanya memalukan Menteri Umno dan BN sendiri.

Waris juga boleh tuduh bahawa tindakan pihak Ketengah itu seolah-olah ada tangan ‘ghaib’ yang memberi arahan. Itu hak Waris dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan serta Mazlan jangan mahu menjadi ‘juara’ di Terengganu pula.

Mazlan yang juga Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, semalam berkata insiden yang berlaku semalam 27 Mac, di hadapan pintu pagar pejabat Ketengah adalah amat mendukacitakan.

“Saya dukacita dan seolah-olah ada tangan ‘ghaib’ yang memberi arahan tidak membenarkan kita (Waris) masuk untuk serah memorandum. “Ketika ini, sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung. Hari ini pemberita datang, mereka (wartawan) merakamkan apa yang berlaku di sini (Ketengah) dan akan sampai (berita) ke Kuala Lumpur. Jadi yang susah dengan tindakan Ketengah ini adalah Menteri. Dia (Ketengah) di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal. Bayangkan, bila saya sampaikan hal ini kepada Ahli-ahli Parlimen, apa Menteri hendak jawab, kenapa mereka (Waris) tidak dibenarkan masuk.”

Soal sukar atau mudah jawab, serah sahaja kepada Menteri untuk menjawabnya walaupun Mazlan mendakwa ada perbincangan dengan pihak Ketengah pada sehari sebelum penyerahan memorandum tersebut telah mendapat persetujuan lisan dari pegawai yang bertanggungjawab di pejabat Ketengah.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment