Wanita UMNO Selangor Berdiri Kukuh Bersama Presiden dan Ketua Wanita UMNO


 
Pergerakan Wanita UMNO Selangor akan terus menyokong kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO merangkap Pengerusi Wanita BN.

Sehubungan dengan itu, Ketuanya, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah berkata, Wanita UMNO Selangor kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Naib ketua Wanita UMNO, Datuk Hajah Kamelia Haji Ibrahim dalam sebuah akhbar harian hari ini yang mendesak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional.

“Kita kesal dengan kenyataan tersebut seolah-olah kita tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Shahrizat. Kami ingin memaklumkan, di negeri Selangor kita berdiri teguh bersama Datuk Seri Seri Shahrizat Abd Jalil sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dan berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Esok akan diadakan satu Perhimpunan wanita dan Datuk Seri Najib akan menyampaikan amanatnya, seterusnya kami Wanita UMNO akan melafazkan ikrar taat setia kepada Presiden dan Ketua Wanita UMNO serta kami akan bekerja dengan lebih kuat mengembleng jentera Wanita untuk memastikan BN merampas semula negeri Selangor dan membantu BN menang majority 2/3 di Parlimen,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Selangor, petang tadi.

Terdahulu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dilaporkan di dalam akhbar harian berbahasa Inggeris telah menggesa agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Wanita UMNO bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

Tambahnya, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita UMNO dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment