Aceh Dilanda Gempa Bumi Sekuat 8.9 Skala Richter


Aceh pada petang Rabu digegarkan gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter (SR) dengan gegaran berpusat di 364 km ke barat daya daerah Simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa provinsi di sekitarnya.

Gempa tektonik yang berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu serta gempa susulan 8.5 SR beberapa saat kemudian, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung.

Pusat gempa itu ialah pada kedalaman 10 km di bawah permukaan laut.

Ketua Bidang Pelayanan Data dan Maklumat Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Wilayah I Medan, Hendra Suwarta berkata gempa bumi itu berlangsung selama 15 saat.

Belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda.

Pemantauan pihak berkuasa mendapati gegaran dirasakan oleh penduduk di hampir semua wilayah Aceh serta beberapa daerah lain di luar provinsi itu termasuk Mandailing Natal dan Tapanuli Tengah di provinsi Sumatera Utara.
           
Pada 26 Dis 2004, gempa sekuat 9.3 SR yang berlaku di Lautan Hindi di luar
pantai barat Aceh telah mengakibatkan lebih 230,000 terkorban dan hilang di lapan buah negara yang dilanda tsunami berikutan gempa bumi yang kuat itu.

Kejadian pada 2004 itu dipercayai bencana paling dahsyat dalam tempoh 40 tahun yang lalu.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

54 Komen

Post a Comment