Pelajar
Malaysia di Aceh dan Padang dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi
berkekuatan 8.9 pada skala Richter, yang berlaku pukul 3.38 petang waktu tempatan, Rabu.
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha 1 Education Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinada Misnun berkata pelajar
Malaysia di kedua-dua tempat menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi
mengelak bencana tsunami.
"Ketika dihubungi, mahasiswa Malaysia di Aceh sedang
menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan gelombang tsunami
yang mungkin berlaku," katanya.
Mahasiswa Malaysia di Padang juga dinasihat menyelamatkan diri ke
kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada laporan mengenai korban
jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi itu, bagaimapun pihak
berkuasa belum menarik balik amaran tsunami.
Pihak berkuasa percaya gempa tektonik itu serta gempa susulan 8.5
pada skala Richter, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi
iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung.
0 Komen