Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan
Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk,
dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran di Jalan
Sekolah Kampung Baru sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi difahamkan Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu mengenali lelaki yang menumbuknya dan
insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan
Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan.
Difahamkan, peniaga berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan
tindakan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan
penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang
ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK 6/1.
Insiden yang berlaku di hadapan 20 ahli jawatankuasa DAP Seri
Kembangan dan beberapa pelanggan restoran itu dikatakan terlalu pantas, dan
dipercaya telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis makanan
berkenaan.
Menurut wakil rakyat itu, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10
pagi ketika beliau baru selesai menghadiri perbincangan dan makan malam di
restoran Jalan Sekolah, Kampung Baru Seri Kembangan.
Menurutnya, apabila hendak keluar dari restoran, dua lelaki
terbabit menghampirinya dan terus memarahi serta bercakap dengan nada kasar.
“Seorang daripada lelaki itu terus menerpa ke arah saya dan
memukul bahagian kiri wajah menggunakan tangan, dia turut memukul dan menarik
tangan saya.
“Sebelum beredar, rakan peniaga berkenaan turut mengugut mengancam
nyawa saya. Sebaik kejadian, kedua-duanya terus melarikan diri dengan sebuah
kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di luar restoran,” katanya yang
membuat laporan di Balai Polis Seri
Kembangan setengah jam selepas kejadian.
9:37 AM
1) Adun Sri Kembangan Selangor, Ean Yong Hian Wah ini patut ditumbuk sehingga lembik, kalau tidak sia-sia sahaja buat kerja setengah jalan.
2) Diakah yang terlibat dengan pembunuhan Teo Beng Hock? Si gangster ni dapat lari dari undang-undang?
3)Orang khianat seperti adun ini tak patut diikut perintahnya. Tolakkan dia ke dalam longkang dalam penuh dengan taik.