Yap Sin Tian |
Sia-sia saja Dong Zhong ke
hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf
pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran "Dr"
hasil dari membeli ijazah palsu.
Sekurang-kurangnya tiga tahap
pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya
beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan
tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.
Rata-rata komen pembaca
internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap
Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah
blog stopthelies.my.
"He portrays himself as if he is a man of high
integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of
Chinese education.
But we have enough evidence to prove that behind his
beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of
buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)
Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap
Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan
cuba
mendapatkan komen berkenaan isu ini.
Malah pemimpin pembangkang PR yang sebelum ini kerap
berdamping erat dalam mana-mana acara anjuran Dong Zhong juga cuba mengelak
diri dari menyentuh isu tersebut kerana khuatir imej buruk yang sudah terpalit
pada Dong Zhong akan turut mempengaruhi sokongan pengundi Cina untuk PR.
Sikap pemimpin PR itu tidak sukar untuk difahami
memandangkan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini pun lebih kepada
usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup sensitif berkaitan isu
pendidikan Sekolah Cina.
Dalam pada itu, adalah wajar untuk Dong Zhong segera
tampil menjelaskan kepada umum bagaimana seorang yang menipu taraf
pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang cukup keras
mempertahankan pendidikan kaum Cina?
Jika Dong Zhong menganggap penipuan sebegini sebagai
perkara yang remeh temeh atau cuba
menutup kebenaran, ianya adalah satu perbuatan biadap yang menghina kaum Cina
yang selama ini ramai antara mereka telah menyokong gerakan yang dilaksanakan
oleh Dong Zhong.
Kita harap selepas ini
masyarakat Cina akan lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan
tidak mudah terpedaya dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. Jika dalam
hal taraf pendidikan sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak
mustahil agenda yang diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik
semata-mata.
0 Komen