Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor
pimpinan PKR telah gagal mengiktiraf sumbangan Majlis Belia Selangor (MBS)
apabila mengenakan kadar sewa mahal untuk majlis itu beroperasi di Kompleks Belia
dan Kebudayaan di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau berkata MBS ialah
sebuah pertubuhan sukarela dan tidak mempunyai sumber kewangan banyak untuk
membayar kadar sewa yang tinggi.
“Tindakan ini jelas
menunjukkan kerajaan Selangor amat rakus, tamak dan mereka hanya memikirkan
keuntungan semata-mata dari segi kewangan.
“Kerajaan Selangor seolah-olah
tidak mengiktiraf MBS memandangkan MBS yang memperjuangkan pembinaan kompleks
ini ketika pemerintahan terdahulu untuk mengumpulkan pentadbiran belia di
seluruh Selangor.
Noh mengulas tindakan syarikat
pengurusan MSNS Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar
Selangor yang menaikkan kadar sewa sehingga 300 peratus bagi premisnya di
Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.
Timbalan Presiden MBS, Badrul
Hisham Badrudin berkata MSNS menghantar surat pada awal tahun ini memaklumkan
menaikkan kadar sewa daripada RM1,977 sebulan kepada RM5,280 berkuat kuasa
Januari.
Noh yang merupakan Setiausaha
Gerakan Belia 4B Selangor pada 1990-an berkata kerajaan negeri Selangor juga
telah mengenepikan peranan yang dimainkan MBS dalam menubuhkan satu lagi badan
belia dikenali Penggerak Belia Negeri Selangor.
“Bila ini berlaku, MBS
seolah-olah diketepikan dan tindakan ini memecahbelahkan belia-belia dalam
negeri Selangor. Kerajaan Selangor sepatutnya mempereratkan hubungan
pertubuhan-pertubuhan belia.”
Noh, yang juga Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani turut mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim supaya mendedahkan kedudukan kewangan universiti milik
kerajaan negeri, Universiti Selangor.
Beliau juga mendakwa mempunyai
laporan audit semasa universiti itu
11:29 PM
suka dialah nak naikan sewa,bahasa yg paling mudah difahami ialah menghalau secara berhemah,tak payahlah merungut kalau ada duit bayar saja.kalau tak mampu fahan-faham lah je;