Kemelut PR Selangor Bukti Mereka Pakatan Haprak


Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mahu melihat niat sebenar Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa baru-baru ini, yang  membuat pendedahan tentang penyelewengan dan pembaziran yang dilakukan oleh Datuk Dr Hasan Ali sewaktu bergelar Exco Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur Awam.
 
Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata,  selain memburuk-burukkan keperibadian Dr. Hasan Ali yang juga merupakan ADUN Gombak Setia dan kini telah disingkirkan dari PAS, Azmin Ali ingin menghalalkan tindakan PAS yang didalangi oleh `Pakatan Haru’ untuk mengeluarkan Hasan Ali daripada kepimpinan negeri.

”Azmin Ali juga sebenarnya melakukan pendedahan yang tidak kurang hebatnya. Daripada 10 orang Exco dan seorang Menteri Besar Selangor, mustahil hanya Hasan Ali seorang yang melakukan penyelewengan dan pembaziran itu.

Bagaimana pula dengan Shuhaimi Shafie yang masih tidak dapat menjawab hubungkaitnya dengan skandal pasir Selangor, terutama sekali tentang sebuah syarikat bernama Double Dignity Sdn. Bhd bersama-sama seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Amiruddin Shaari, ADUN Batu Caves?,” ujarnya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya,  Elizabeth Wong juga nampaknya tidak bersendirian dengan skandal penyelewengan, terutama sekali yang membabitkan pelancongan serta hutan pokok bakau? Sehingga sekarang, puluhan juta ringgit yang telah diperuntukkan kepada Elizabeth Wong, namun masih gagal menyuburkan aktiviti pelancongan di negeri Selangor, bahkan usaha menarik pelancong ke Selangor juga nampaknya telah gagal sama sekali. Kegagalan ini boleh dibaca menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.

”Ronnie Liu merupakan Exco yang paling banyak didakwa terlibat dalam skandal dan penyelewengan. Ronnie Liu tidak pernah dapat menjawab tentang peningkatan jumlah rumah urut, pusat-pusat hiburan haram, mahupun kehadiran lebih banyak pendatang haram yang bekerja dalam bidang yang berkaitan. Ronnie Liu juga tidak pernah berani membuka mulut tentang kumpulan-kumpulan samseng serta kongsigelap yang kerapkali dikaitkan dengan peningkatan kadar jenayah di seluruh Selangor.

Malah apabila Ronnie Liu membuat pengumuman tentang compacter yang kononnya akan disewakan kepada kontraktor-kontraktor sampah di Selangor, jelas menunjukkan kecenderungan Ronnie Liu untuk menutup satu lagi cubaan penyelewengan yang melibatkan kaitan yang lebih besar selepas Alam Flora Sdn. Bhd. dimansuhkan kontrak mereka oleh Kerajaan Negeri Selangor,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, kematian Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan cubaan menutup penyelewengan dan skandal EanYong Hian Wah, masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini.  Biarpun secara jelas, terdapat motif yang menjurus kepada usaha untuk menutup skandal berkenaan, Ean Yong Hian Wah dan para pemimpin Pakatan pembangkang tidak pernah berani untuk membicarakannya secara terbuka, kecuali usaha-usaha agresif untuk menuding ke arah UMNO dan Barisan Nasional biarpun UMNO dan Barisan Nasional bukanlahpenyebab kematian Teoh Beng Hock.

”Justeru, pendedahan yang dilakukan oleh Azmin Ali sebenarnya hanyalah salah satu daripada manifestasi kebimbangan pihak PKR yang berasakan peluang untuk mereka menjarah negeri Selangor, kian sampai ke penghujung terutama setelah rakyat Selangor celik mata dan dapat melihat sendiri kebobrokan pimpinan negeri Selangor,” tambahnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment