Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 bertemakan Selangorku: “Hasil Negeri Untuk Rakyat” telah
memperuntukkan RM87.5 juta untuk pembangunan belia di negeri ini.
Pecahan peruntukan itu adalah
seperti berikut:
Program latihan
belia - RM3.5
juta
Program
keusahawanan muda - RM50 juta
Pembangunan
sukan - RM4
juta
Penyediaan
infrastruktur sukan - RM30 juta
Jumlah - RM87.5 juta
Namun Timbalan Presiden Majlis
Belia Selangor (MBS) Badrul Hisham Badrudin berkata, agak menghairankan
apabila pada satu majlis baru-baru ini, beliau mengatakan jumlah peruntukan
kepada belia ialah sebanyak RM67.5 juta sahaja.
Menjadi persoalan apabila bajet
yang dinyatakan itu tidak sama seperti ketika beliau membentangkan bajet 2012.
Ke mana menghilangnya lagi RM20 juta? Jika dalam Bajet 2012, peruntukan di bawah
program keusahawanan muda sebanyak RM50 juta tetapi dalam kenyataan baru-baru
ini telah menyusut kepada RM30 juta sahaja.
Justeru, Majlis Belia Selangor
(MBS) mahu Kerajaan Negeri membuktikan ketelusan dengan menyenaraikan jumlah
penerima, jenis perniagaan yang dijalankan dan jumlah pengagihan geran Program
Keusahawanan Muda yang sudah dibelanjakan di bawah Geran Selangorku sehingga
kini. Kejayaan yang dicapai setakat ini juga perlu dinyatakan program tersebut
sangat penting dalam memberi impak ekonomi di negeri ini.
Ini kerana sejak permulaan
Program Keusahawanan Muda ini, MBS tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk
terlibat secara langsung apatah lagi persatuan-persatuan belia di bawah payung
MBS yang mempunyai keahlian melebihi 400,000 ahli
belia.
Sebagai sebuah
organisasi yang memayungi banyak persatuan belia, MBS sepatutnya diberi hak
tersebut untuk sama-sama melahirkan belia yang berdaya saing dalam ekonomi
namun telah diketepikan atau dengan kata lain, dianak tirikan oleh kerajaan
negeri.
Pada masa yang sama, MBS juga membantah keras kenaikan
sewa tapak-tapak penjaja pasar pagi, pasar malam dan gerai di bawah pengelolaan
pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantutkan usaha menaikkan lagi ekonomi
peniaga-peniaga kecil di negeri ini.
Janji kerajaan negeri untuk “memberi
galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya
perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama” hanya tinggal janji. Jika dilaksanakan sekalipun, hanya
pada dua tahun pertama kerana selepas itu golongan peniaga kecil khususnya
usahawan muda telah dipinggirkan.
MBS juga mahu kerajaan negeri
melaksanakan janji-janji yang pernah dilaungkan pada pilihan raya umum yang
lalu tetapi masih belum Berjaya direalisasikan:
1. Membuka tabung permulaan RM100
bagi setiap anak kelahiran Selangor
2. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi
setiap anak yang dihantar ke nursery
3. Memberi galakan kepada belia dan
wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan
elektrik untuk dua tahun pertama
4. Memberi bantuan RM50 sebulan
seorang bagi pendidikan pra-sekolah
5. Memberi hadiah RM1000 kepada
setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
6. Memberi bantuan dan biasiswa
pelajaran untuk anak Selangor
7. Memberi bantuan kepada anak-anak
muda untuk mendirikan rumah tangga
8. Membuka pusat-pusat sukan mini
dan rekreasi bagi belia
9. Memberi bimbingan perniagaan
kepada golongan belia dan wanita muda
“Sehubunagan dengan itu, MBS
mewakili seluruh golongan belia di negeri ini mahu kerajaan negeri telus dan
bukan sekadar retorik dalam melaksanakan konsep Negeri Berkebajikan. Jika
golongan muda terus diabaikan, jangan harap kami akan memberi undi pada pilihan
raya umum ke-13 nanti.
Cukup lah sekali kami
dipermainkan serta diperbodohkan dengan pelbagai janji manis yang sampai
sekarang masih tidak dilaksanakan. Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak
menunaikan!,” ujarnya.
12:16 AM
ART SAYS...
SEMUA RAKYAT SELANGOR YANG DAH PANGKAH PKR/PAS/DAP (PR) DALAM PRU12 DULU DAH KENA TIPU HIDUP2. SAMPAI LA NIE HANGPA DOK TUNGGU JANJI2 DULU TAPI TAK PERNAH MAI PUN. YANG DAPAT AYAQ YANG TAK BERAPA DUIT TU.
HANGPA NAK KENA TIPU LAGI KA DALAM PRU13 NANTI. KAH3.
-ARTIS-