Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim
Tamby Chik berkata, ia berikutan isu moral yang semakin banyak dihadapinya dan
didedahkan sendiri oleh bekas pengikut setianya termasuk Presiden Parti Bersatu
India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan.
Menurutnya, tuduhan itu pula bukan dibuat
secara membuta-tuli, sebaliknya ia berdasarkan bukti yang ada dan pengalaman
mereka sendiri ketika bekerja dengan Anwar dalam tempoh yang lama.
“Maknanya, sebagai rakyat kita kena hitung
isu moral yang dihadapi pemimpin ini kerana ia didedahkan bekas rakannya
sendiri yang menyokong perjuangan beliau selama ini.
“Bukan seorang tetapi ramai rakan karib
beliau sudah meninggalkannya dan mereka semua tahu apa perangai Anwar sebenar
dengan bukti-bukti kukuh,” katanya.
Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata
demikian pada Majlis Pelancaran Kasihi Pekebun dan Gerakan Membaja peringkat
negeri yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Kampung
Perasing Jaya, Jabor, Kemaman kelmarin.
Beliau berkata, pelbagai isu dan penjelasan
yang diberikan Anwar sebenarnya hanyalah semata-mata untuk memancing undi
selepas menyedari beliau kini sudah tidak mendapat sokongan orang Islam dan
Melayu.
Atas sebab itu, katanya, Ahli Parlimen
Permatang Pauh itu menimbulkan pelbagai isu baru termasuk menyokong Israel dan
pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan Melayu dan bukan
beragama Islam.
“Bayangkan
orang yang sudah hilang sokongan ini dan berhadapan dengan isu moral menjadi
pemimpin, maka tragedi luar biasa akan melanda negara ini,” katanya.
0 Komen