Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh
Hamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui UMNO
Kelantan yang dilihat telah berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeri
itu terhadap UMNO.
Beliau berkata Mustapa begitu komited dalam
usahanya memenangi hati rakyat Kelantan untuk kembali menyokong perjuangan UMNO.
"Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerja
tetapi ini kerja berpasukan...semua kena bekerjasama.
"Pilihan raya kali ini adalah sangat
sengit dan peluang UMNO Kelantan itu tetap ada," katanya selepas
mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka
(Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi.
Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakan
anggota Parlimen paling lama di negara ini iaitu selama 43 tahun menafikan laporan
yang menyebut beliau akan bertanding
sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional pada pilihan
raya umum nanti.
"Jangan tanya kesetiaan saya pada parti.
Saya telah lebih 50 tahun dalam UMNO. Laporan itu tidak betul dan tanyalah pada
orang yang buat laporan itu.
Kalau di Gua Musang peluang BN sangat cerah
untuk menang," katanya.
Ketika sesi dialog, Tengku Razaleigh meminta semua
pihak menghormati dirinya yang terus bersama UMNO walaupun didesak oleh banyak
pihak agar beliau keluar daripada parti itu.
5:41 PM
kah kah kah!
yang tg. Razali kutuk dalam dewan seminar itu bab mana? yang kau orang tulis ini bab mana pula?.