Mahasiswa Berpolitik- Cabaran kepada Mahasiswa Untuk Mengekalkan Kesinambungan Negara


Ketua UMNO bahagian Kluang, Md Jais Sarday menyambut baik langkah kerajaan untuk membenarkan pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak, sebagaimana yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin semalam.

Peluang dan ruang yang diberikan ini menuntut mahasiswa untuk bersama-sama bertanggungjawab dan menyumbangkang kepada kejayaan Negara, khususnya dlam menuju sebuah negara maju pada tahun 2020.

“Mahasiswa aset Negara, kumpulan ini merupakan antara penyumbang dalam kejayaan pembangunan Negara. Apa sumbangan mereka? Ketika belajar di university, mereka bukan sahaja belajar malah mengkaji pelbagai bidang kehidupan manusia.

Jadi tugas utama mereka ialah melalui kepakaran dan ilmu yang ada, mereka harus memastikan kesinambungan Malaysia kekal dan terus maju di masa hadapan,” ujarnya yang juga mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia pada tahun 1991.

Namun sejauh mana kematangan mahasiswa ini untuk menggalas cabaran dan memahami aspirasi rakyat secara keseluruhannya. Namun ruang dan peluang yang diberikan kerajaan untuk mereka terlibat dengan politik harus digunakan dengan sematang-matangnya tanpa memperjudikan asas utama mereka masuk ke universiti iaitu untuk belajar.

“Dalam usia yang cukup muda, kebanyakannya yang baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan melanjutkan pelajaran samaada mengambil diploma ataupun ijazah, adakah mereka benar-benar bersedia untuk memikul amanah dan membuat pertimbangan mengenai dasar-dasar parti tidak kiralah Barisan Nasional ataupun parti pembangkang.

Adakah mereka cukup matang untuk membahaskan dasar-dasar ini kerana melalui pengalaman, pendedahan mengenai dasar parti ini mereka dapati melalui pembacaan sahaja, berbanding realiti politik sebenar iaitu politik akar umbi dan faham aspirasi rakyat dan kehendak masyarakat yang sebenarnya,” tambahnya yang juga EXCO Penerangan, Belia dan Sukan negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, ruang dan peluang yang akan dinikmati mereka tidak lama lagi, haruslah mereka gunakan cabaran ini untuk menyumbang pandangan, khususnya untuk kesinambungan kejayaan dan kecemerlangan Negara ini.

Oleh itu, Jais menasihatkan kepada para mahasiswa yang mahu melibatkan diri dalam politik kepartian kelak, agar tidak mengabaikan masa depan Negara, selain tidak lari dari asas mereka masuk ke university untuk belajar dan menjadi anak yang akan berbakti kepada keluarga apabila keluar kelak, dan yang paling penting mahasiswa ini tidak terikut-ikut dengan sentimen parti-parti politik.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment