Anwar Diminta Bersihkan Diri Sendiri Sebelum Layak Cakap Soal Moral


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran cermin diri dan tidak berterusan seolah-olah menganggap dirinya pemimpin bersih berbanding dengan pemimpin kerajaan yang ada hari ini khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar, Anuar Shaari berkata Ketua Umum PKR itu sebenarnya tidak layak untuk bercakap bukan sahaja dalam soal ketelusan malah dalam soal moral yang lain.

Menurut beliau Anwar sepatutnya membersihkan dirinya terlebih dahulu yang hari ini rata-rata masyarakat bawahan bercakap pelbagai dakwaan yang terpalit dengan diri Ketua Umum PKR itu.

“Sampai bilakah beliau mahu  melenggokkan tubuhnya dan menggunakan kepetahannya berucap untuk memburukkan orang lain dan beranggapan seolah-olah dirinya bersih dan pemimpin yang sebenar.

“Daripada isu Israel, isu liwat, isu biseksual semua dakwaan berkenaan terpalit kepada beliau. Sampai bila…Sampai bila beliau mahu bermuhasabah dan membersihkan imejnya,“ katanya di sini.

Beliau seterusnya menyarankan Anwar mengambil kesempatan pada hari cadangan penganjuran Bersih 3.0 untuk  membersihkan dirinya yang sebenar.

“Pilihan raya dianggapnya tidak bersih…Tetapi saya nak tanya Anwar balik apakah beliau benar-benar pemimpin yang bersih. Jadi apalah salahnya pada tarikh berkenaan, Anwar pun membersihkan diri beliau.

“Beliau nak bersumpah atau beliau nak membuat kenyataan ke terpulang kepada beliau. Saya rasa ramai yang tertunggu-tunggu langkah tersebut. Tidak ada sekelumit pun saya nak ajar beliau kerana Anwar lagi hebat…maklumlah pemimpin agung pembangkang. Mungkin beliau ada cara dan kaedah sendiri untuk membersihkan imejnya yang sudah kotor hari ini,“ katanya. 

Sumber: MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment