Akibat sekian lama bersekongkol untuk
menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyamatarafkan semua warganegara
setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan
dasar perjuangannya kini tidak lagi mempedulikan masalah murtad yang melanda
segelintir orang Islam.
Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi
hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak
dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan
'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan
dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk
difikirkan.
Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat
sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang
tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu. Pagi dan petang,
siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi
kasih dan cintanya nasib saudara seagama.
Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan
tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini
matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat
penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.
Kata orang tua, lain hulu lain parangnya,
lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh
rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan
solid untuk Parti Islam Semalaysia.
Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS
saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya
memperalatkan agama untuk kepentingan politik.
8:21 AM
PAS memang berasas pada riak...pergi tunai haji pun bawak bendera parti...mati pun dibalut dengan bendera...hatta sakit pun minum air perahan bendera...sekarang tibalah masa mereka dapat musibah...
9:14 AM
Hidup BN UMNO mampus Pas. Mana2pihak yang anti UMNO mampus sekali