Dan Kami pasti akan menguji kamu
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155).
Jelaslah, orang-orang yang sabar dengan ujian Allah berkaitan
dengan ujian ketakutan, kelaparan, cuaca panas, banjir, kekurangan harta dan
jiwa akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah.
Balasan tersebut merupakan pahala dan juga hikmah yang lain, yang
hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Wallahualam.
0 Komen