PTPTN: Pembangkang ‘Cakap Tak Serupa Bikin’- GPMS


Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mempamerkan nama-nama peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri di laman webnya dikritik sebagai bercanggah dengan janji Pakatan Pembangkang mahu memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Yang Dipertua Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Sungai Pinang Ahmad Yakqub Nazri berkata tindakan itu tidak sejajar dengan pendirian Pakatan Rakyat kononnya mahu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat.

"Inilah kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini, cakap tak serupa bikin. Apakah ini kerajaan yang kita nak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menyifatkan pemaparan nama pelajar itu sebagai satu desakan secara memalukan mereka dan bertentangan dengan janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memansuhkan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) jika menang pilihan raya umum ke-13.

Ahmad Yakqub menasihatkan mahasiswa supaya berfikiran rasional dan tidak diperalatkan pemimpin politik yang hanya pandai menabur janji semata-mata bagi mencapai cita-cita politik sempit mereka.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menanggung subsidi yang tinggi bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dan beliau berkata adalah tidak wajar untuk menghapuskan PTPTN yang terbukti amat berguna kepada pelajar.

Pengerusi Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa Muhammad Mukhlis Maghribi yang turut sependapat dengan Ahmad Yakqub berkata janji pembangkang mahu memansuhkan PTPTN hanya retorik politik bagi meraih sokongan.

Katanya pinjaman PTPTN telah membolehkan ribuan pelajar yang tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment