Sampah: Rakyat Selangor Rugi Besar – Alam Flora


Alam Flora Sdn Bhd berharap kerajaan Selangor pimpinan PKR akan menyertai semula skim penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam kerana ia jelas meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Zain Hassan berkata skim itu mampu mewujudkan keseragaman dalam kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini.

"Dengan menyertai skim ini, barulah ada keselarasan dalam kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bandar mahupun luar bandar yang dapat mewujudkan suasana persekitaran bersih," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Kerajaan Selangor mengambil keputusan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora bermula Oktober tahun lepas.

Mohd Zain berkata beliau ada menerima aduan daripada sebilangan penduduk di Selangor baru-baru ini melalui pelbagai saluran berhubung masalah kutipan sampah domestik dan pembersihan longkang.

"Ada penduduk merungut sampah hanya dikutip di kawasan perumahan mereka sekali dalam seminggu berbanding tiga kali sebelum ini," katanya.

Mohd Zain turut mendakwa kerajaan Selangor masih berhutang sebanyak RM24 juta kepada Alam Flora sejak menamatkan operasi syarikat itu. Beliau juga berkata Alam Flora dalam proses memberikan lebih 380,000 tong sampah beroda secara percuma kepada penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuantan dan Pekan,” tambahnya.

Mengenai majlis hari ini, Mohd Zain berkata 92 syarikat kontraktor tempatan memeterai perjanjian kontrak perkhidmatan dengan Alam Flora bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang. Syarikat-syarikat dilantik menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik menandatangani perjanjian selama tujuh tahun bersama Alam Flora bermula 1 Sept 2011 hingga 31 Ogos 2018.

Manakala, perjanjian selama dua tahun ditandatangani oleh syarikat-syarikat yang menjalankan pembersihan awam bermula 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2013, katanya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment