Syed Sobri Yakin Dapat Selesaikan Kes Muflis


Angota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim yakin dapat menyelesaikan kes beliau diisytihar muflis oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Syed Sobri berkata beliau sedang berusaha mendapatkan wang sebanyak RM4 juta untuk dibayar kepada bank agar kes muflisnya ditarik balik manakala baki RM4 juta lagi distruktur semula.

"Saya bersyukur ada pihak bersimpati dengan nasib saya dan sudi membantu. Rundingan dengan pihak berkenaan sedang diatur. Insya-Allah, kes ini mungkin selesai dalam masa seminggu," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Taman Lumba Kuda hari ini.

Dua hari lepas, beliau mengumumkan diisytihar muflis pada Disember tahun lepas setelah gagal melangsaikan baki hutang berjumlah RM8 juta dengan beberapa bank tempatan serta agensi kerajaan.

Naib Ketua UMNO bahagian Padang Terap itu berkata beliau bersikap profesional kerana tidak mahu menipu atau menyembunyikan status muflisnya daripada pengetahuan rakyat Padang Terap.
           
"Saya mengadakan sembahyang istiqarah serta meminta pendapat anggota UMNO dari akar umbi sejak dua tiga bulan lepas, sebelum membuat pengumuman rasmi dua malam lepas.

"Pengumuman dibuat supaya rakyat Padang Terap terutama pengundi Barisan Nasional (BN) dan penyokong saya tidak resah," katanya.

Syed Sobri berkata beliau telah bertemu Menteri Besar Kedah Datuk Seri
Azizan Abdul Razak sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri, dan akan berjumpa Speaker DUN pula bagi menjelaskan kedudukannya sebagai ADUN.

Syed Sobri berkata beliau juga telah menemui peguamnya di Kuala Lumpur semalam bagi menyediakan segala dokumen untuk difailkan di mahkamah dalam usaha menarik balik status muflis itu.

"Peguam hanya perlu tunggu arahan saya untuk memfailkan kes ini. Saya pula akan terus menjalankan kewajipan dan menghadiri majlis rasmi sebagai wakil rakyat sehingga Jabatan Insovensi mengeluarkan surat muflis," tambahnya.

Anak saudara bekas Menteri Besar Kedah Datuk Syed Nahar Shahabuddin itu adalah usahawan yang menceburi bidang perniagaan pada 1983 dan pernah menerima anugerah usahawan berjaya pada 1995.

Pengarah Kulim Enterprise Sdn Bhd itu menandatangani perjanjian pinjaman dengan bank hampir RM50 juta agar syarikat tersebut boleh disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Kuala Lumpur.

"Kegawatan ekonomi pada 1998 menyebabkan usaha itu terhenti. Saya menanggung akibatnya, dan terpaksa menjual aset bagi membayar hutang bank," katanya.

Syed Sobri menyertai UMNO Padang Terap pada 1995 dan pernah dicalonkan dua kali pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004, tetapi memberi laluan kepada rakan lain dalam parti.

Beliau sanggup berkompromi dan turun pangkat menjawat Naib Ketua pada 2006 bagi mengelak pertandingan antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pada masa itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Naib Ketua Bahagian) dengan Ketua Bahagian Datuk Ghazali Ibrahim.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    KL POS memohon jasa baik pihak anda menyenaraikan laman kami ini di antara senarai 'BLOG PILIHAN' di blog anda mnerusi www.klpos.com agar info KL POS dapat dikongsi bersama pengunjung blog anda.


    Semoga kita dapat berkongsi info dan pandangan membina khas buat tatapan masyarakat Malaysia amnya.


    Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog anda amat KL POS Kagumi. Terima Kasih.



    "Paparan Info Politik menjangkaui sempadan ideologi."



    KL POS Media and Services

    www.klpos.com

Post a Comment