Sebelum Mansuhkan PTPTN- Mansuhkan Yuran Unisel & KUIS Dulu

"Kita cabar Mereka untuk mansuhkan yuran Unisel
& KUIS sebelum janji nak mansuhkan PTPTN"
Baru baru ini terdengar semula lawak sensasi pakatan haru ini membuat dan menjaja janji palsu mereka, tak cukup dengan hutang janji yang tak terlunas, kini mereka kembali dengan janji baru, tak ubah seperti janji lama yang diberi nafas baru. Memang sudah seperti terpahat dalam kitab perlembagaan mereka bahawa membuat janji dan mensensasikan isu adalah senjata utama mereka, apa tidaknya menifesto PRU 12 masih tidak tertunai sepenuhnya, ujar Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Jonid.

Terbaru mereka mengulangi niat murni palsu mereka untuk memansuhkan PTPTN, yang menjadi pelik dan ironiknya perkara yang ada dibawah kekuasaan mereka tidak pula hendak mereka laksanakan.

”Kita nak cabar mereka untuk memansuhkan yuran kepada pelajar UNISEL dan Kolej Islam Selangor (KUIS) yang sememang dibawah kuasa eksekutif kerajaan Negeri Selangor.

Baru-baru ini Menteri Besar kata, Selangor banyak duit. Kalau betul banyak duit, kalau betuk sangat nak jadi juara kepada orang muda kononnya, selesaikan masalah-masalah di negeri Selangor dulu seperti masalah yuran pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS dulu. Selesaikan, biayai 100%,”  ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Tambahnya, apa yang mereka janjikan ini, hanya umpan pilihan raya semata-mata. Sebelum ini pun mereka dah buat banyak lagi cadangan, pandangan dan gimik semata-mata menarik minat rakyat seperti menghapuskan tol, turunkan harga minyak, tetapi ianya merupakan janji-janji kosong.

”Mereka harus buktikan di negeri Selangor dulu, buktikan di Pulau Pinang dulu, barulah mereka boleh bercakap, berjanji kalau mereka mampukan buktikan di peringkat persekutuan pula.

Di Selangor, beribu anak selangor yang dapat menyambung pelajaran di IPTA tapi tidak dibantu. Beribu anak Selangor yang ditipu manifesto 2008,” tambahnya.

Kalau mereka ikhlas nak bantu, buktikan dahulu di Selangor khususnya pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS. Jika tidak, ia merupakan satu penipuan dan sandiwara yang jelas dan nyata, semata-mata untuk mengumpan undi dari rakyat khususnya dari golongan anak-anak muda. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment