Tindakan pembangkang yang tidak mahu
membahaskan mahupun menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)
berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membuktikan bahawa segala
tuntutan mereka terhadap penambaikan tersebut hanyalah sebagai satu muslihat
politik demi untuk meraih undi rakyat.
Apa yang pasti, pihak pembangkanglah yang pada peringkat awalnya mengusulkan
penubuhan PSC, namun apabila cadangan tersebut di bawa masuk ke Parlimen untuk
dibincangkan, pihak pembangkang secara tiba-tiba menolak dan membuat pelbagai
helah dan dalih.
Dewan Rakyat bagaimanapun telah meluluskan kesemua 22 syor yang
dikemukakan PSC tanpa dibahaskan selepas pihak pembangkang membuat kecoh dan
menolak untuk memperbahaskan cadangan tersebut atas alasan penolakan Penyata
Minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat.
Tujuh daripada lapan perkara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan
Raya Adil dan Bersih (Bersih) dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan PSC ke
Dewan Rakyat baru-baru ini.
Berdasarkan kenyataan Pengerusi PSC Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili
bahawa 82 peratus daripada 22 syor penambahbaikan yang diputuskan sebelum ini
dipersetujui bersama oleh wakil mereka dalam jawatankuasa itu tanpa sebarang
masalah, jelas pembangkang tidak ikhlas dan suka ambil kesempatan di Parlimen.
Namun, setelah cadangan PSC yang telah dipersetujui di bentang di
Parlimen, secara tiba-tiba pihak pembangkang membuat kecoh dan menolak untuk
membahaskan cadangan tersebut.
Jelas ini adalah sebahagian dari tektik pembangkang dalam
menghalalkan perhimpunan bersih 3.0 apabila dengan sengaja menimbulkan rasa
tidak puas hati apabila jawatankuasa PSC membentangkan cadangan tersebut di
Parlimen baru-baru ini.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat
Johor ketika dihubungi hari ini, beliau menegaskan bahawa pembangkang menjadikan
isu ini sebagai satu muslihat untuk meneruskan agenda Bersih 3.0.
Tegas beliau pihak pembangkang akan mengatakan bahawa Bersih 3.0
mesti diteruskan lantaran tuntutan untuk penambaikan itu tidak diterima oleh
kerajaan BN. Namun, sudah pastinya, ini
adalah sikap pembangkang yang tidak akan bersetuju dengan apa jua perkara atau
perubahan yang dilakukan oleh kerajaan.
“Jelas isu penambaikan terhadap SPR ini hanyalah semata-mata
agenda politik pembangkang sahaja. Tidak kira samada kerajaan buat perubahan atau
tidak, mereka tetap tidak akan setuju dan sekiranya kerajaan melakukan
perubahan tersebut, mereka tetap akan cuba cari pasal dengan mencari isu-isu
remeh untuk dibangkitkan seperti yang kita lihat hari ini.
“Apatah lagi, sekarang ini pembangkang sedang sibuk mempromosi
perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, inilah
kesempatan terbaik buat mereka untuk membuktikan kepada rakyat konon-kononnya
kerajaan BN tidak memenuhi tuntutan mereka dalam Bersih 2.0 dulu, dan
seterusnya menjadi satu dalil buat mereka untuk menghalalkan perhimpunan Bersih
yang akan datang nanti,” tegasnya.
Tambahnya lagi, hari ini rakyat perlu lebih berhati-hati, teliti
dan bersikap bijak dalam membaca strategi politik pihak pembangkang yang sengaja mencipta isu, semata-mata untuk
kepentingan politik mereka.
Dan lebih jahat lagi kata
beliau mereka berselindung dengan slogan
dan kata-kata retorik yang kononnya mahukan sistem pilihanraya yang telus dan
adil untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
“Kalau kita lihat hari ini, apa juga yang dilakukan oleh kerajaan
tetap dianggap salah oleh mereka. Tidak ada apa yang dilakukan oleh kerajaan
yang dianggap baik oleh pihak pembangkang. Pasti ada saja perkara yang nak dibangkangkan.
“Malah, kalau mereka melakukan kesilapan sekali pun, pihak
pembangkang sedaya upaya untuk menafikan kesalahan mereka itu sebaliknya cuba
mengalihkan kesalahan yang mereka lakukan itu kepada UMNO dan BN, seolah-olah
UMNO dan BN yang menjadi punca terhadap salah silap yang dilakukan oleh mereka
selama ini,” jelasnya lagi - MediaUMNO
0 Komen