Baik Azmin mahupun Shamsidar kedua-duanya cuba membuat pekak badak
dengan cabaran-cabaran yang dilemparkan terhadap mereka dengan harapan kisah
jelik keluarga mereka akan dilupakan begitu saja. Tidak sekali pun Azmin tampil menjelaskan
mengenai saham-saham luarbiasa yang dimilikinya dan isterinya dan tidak sekali
pun Shamsidar membela dirinya apabila dikaitkan dengan Anwar.
Malah Anwar sendiri tidak pernah menyentuh isu Shamsidar secara
langsung.
Tetapi, apabila diasak oleh media tanpa henti, Azmin akhirnya
terpaksa bersuara juga walaupun suara yang keluar terdengar nyaring bercampur
garau dan sengau semacam. Azmin
menjawab lebih kurang begini, “orang buta, tuli saja yang tak tau cerita
I.…Aauuww!”
Pihak yang mencabar, termasuk ahli-ahli Pakatan Rakyat sendiri
tidak berpuas hati dengan jawapan Azmin dan mempertikaikan bilakah masanya
Azmin menjelaskan kepada rakyat berkenaan semua tuduhan yang dilempar kepadanya
dan isterinya. Kerana seingat semua
Azmin tidak pernah menjelaskan apa-apa selain menafikan sahaja.
Mungkin mereka tidak faham maksud Azmin itu.
Sebenarnya, maksud Azmin ialah, semua orang tahu kisah kronisme,
nepotisme dan skandal keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Justeru, sesiapa yang
tidak tahu, masih tertanya-tanya dan tidak habis-habis bertanya adalah orang
yang benar-benar pekak, buta dan tuli.
Dan penulis amat bersetuju dengan Azmin. Hanya orang yang pekak, buta tuli dan benak
sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran.
Azmin dan Shamsidar tidak pernah bangkit menjelaskan apa-apa
kepada orang ramai berkenaan setiap tuduhan ke atas mereka. Sedangkan pihak yang menuduh telah pun
mengemukakan bukti dokumen-dokumen yang menunjukkan pemilikan saham Shamsidar
yang luar biasa banyaknya.
Malah, Azmin dan Shamsidar juga tidak pernah secara lantang dan besertakan bukti menafikan tuduhan bahawa anak
mereka Afifa adalah sebenarnya anak Anwar dengan Shamsidar.
Kedua-dua mereka juga tidak membalas cabaran Nallakarupan sama ada
melalui lisan mahupun saman walaupun
maruah mereka telah lunyai dibelasah oleh Nalla.
Berdasarkan semua ini, inilah diulangi bahawa hanya orang yang
pekak, buta, tuli dan benak sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran. Kebenarannya ialah Azmin adalah seorang
dayus lagi pondan yang sanggup berkongsi isteri dengan bos biseksualnya, Anwar
Ibrahim. Tidak mustahil,
kebenarannya adalah Azmin juga seorang
biseksual berdasarkan hubungan akrab yang pelik antara dirinya dengan Anwar
Ibrahim.
Umum tahu bahawa Anwar jauh lebih mempercayai Azmin dari isterinya
sendiri, Wan Azizah dan ini boleh dilihat dalam keputusan-keputusan yang dibuat
oleh PKR berkenaan pentadbiran dan pengurusan parti.
Anwar juga jauh lebih menyayangi Azmin dari Wan Azizah berdasarkan
kisah-kisah dalaman yang diceritakan oleh bekas-bekas rakan dan pemimpin PKR
sendiri.
Kini, Azmin sudah menjawab segala pertanyaan dan memberi respon kepada
semua cabaran. Sudah sampai masanya
ahli-ahli PKR, terutamanya PKR Ampang menerima jawapan Azmin seadanya. Kita pasti, tidak mungkin semua ahli-ahli PKR
buta tuli belaka…
0 Komen