Countdown Himpunan Jutaan Belia 2012


Kira-kira 10,000 orang membanjiri pelancaran bersempena Hari Belia  yang bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’ yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa golongan belia supaya tidak mengamalkan budaya ‘cincai’ atau ‘biasa-biasa’ dalam setiap perkara yang dilakukan.

Beliau berkata, perkataan cincai tidak ada dalam kamus kejayaan pada era persaingan global yang semakin kompetitif ketika ini. Bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’  adalah menyatakan sokongan golongan muda ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus berdaya maju.

“Golongan belia perlu menggembeleng usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merupakan dua senjata utama ke arah kecemerlangan diri bukan dengan mengambil sikap acuh tak acuh dalam amalan seharian,” tegasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Jalan Bukit Bintang.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta YB. Senator Tuan Gan Ping Sieu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Tidak ketinggalan juga, Muhyiddin yang harijadinya jatuh pada 15 Mei berkata, "Dengan adanya iltizam di kalangan para belia untuk mengamalkan budaya kecemerlangan, saya pasti hasrat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, seterusnya mencapai status negara maju berjaya dicapai," katanya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment