Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak,
sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina
tersebut.
Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati
orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.
Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah
pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.
DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi
kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan
yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa
Cina.
Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di
Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan
menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat
Melayu.
Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan
Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti
rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.
Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan
mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.
Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya
menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak
merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.
Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam
politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang
kononnya selamanya ini dipertahankan.
Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin
berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.
Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu
tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan
institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu
sejak berzaman.
Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap
anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.
Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka'
Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah
berbuat demikian pada awal 2009?
Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan
sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri
Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana
beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi
DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu
kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.
Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke
nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada
mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.
Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar
semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan
Nga.
Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua
pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.
Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh
kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh
wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.
Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan
menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat
dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999
tahun kepada penduduk Cina.
Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan
pemimpin PAS dengan institusi raja.
Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati
raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan
institusi itu.
0 Komen