Perletakan Jawatan Rafizi Lambang Keretakan PKR Di Selangor

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan melihat perpecahan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang khususnya PKR di Selangor semakin meruncing. Namun segala kemelut dan permasalahan mereka sudah lama dijangka, dan ianya sedang berlaku hari ini tanpa dapat disembumyikan lagi.

“Contohnya baru-baru ini, Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai CEO daripada kerajaan negeri Selangor. Beliau yang menjaga hal ehwal kewangan memberikan notis 24 jam dan sebagai seorang yang menjaga hal yan sebegitu penting, dalam usaha untuk memperkasa kerajaan negeri, tindakan Rafizi ini menunjukkan ada perkara yang menyebabkan beliau tidak dapat bersabar lagi. 

Jika tiada masalah dalam pergerakan mereka ini, beliau seharusnya sebagaimana mana-mana organisasi lain, perlu ada tempoh masa 30 hari dan sebagainya. Ini tidak berlaku dan menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan keputusan dan tindakan kerajaan negeri termasuk tindakan kerajaan negeri memohon balik agar PTPTN meneruskan bantuan pinjamannya kepada para pelajar di Unisel,” ujarnya mengulas kemelut kepimpinan PKR dan kerajaan negeri Selangor ketika ditemui di Parlimen pagi tadi.

Tambahnya, tindakan kerajaan negeri ini mungkin antara penyebab Rafizi kecewa dan tidak bersetuju dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

“Bukan itu sahaja, kemelut ini akan berleluasa lagi, malah kita nampak Setiausaha Politik MB Selangor juga dalam keadaan tertekan. Kita nampak juga ini juga merupakan satu konspirasi di antara mereka. Biasanya mereka mengatakan bahawalah BN yang mencipta berbagai konspirasi, tetapi hakikatnya mereka yang mewujudkan konsprasi demi konspirasi ini dalam bidang politik di Negara kita ini.

Tidak apalah, itu cara mereka. Kita sedar mereka tidak ada keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan Rafizi meletakkan jawatan tersebut kerana beliau tidak percaya kerajaan negeri Selangor ini dapat menunaikan janji-janji mereka semasa PRU12 yang lalu, sekarang sebelum membentangkan manifesto PRU13, dia dah letak jawatan dan ini menunjukkan beliau tidak mempercayai kebolehan Menteri Besar mereka sendiri.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.