Pembekuan PTPTN UNISEL Uji Kemampuan Kerajaan Selangor Beri Pendidikan Percuma


Jika para pelajar Unisel ini benar-benar memerlukan pinjaman PTPTN, bermakna saranan PKR dan pendekatan pakatan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN itu, merupakan satu tindakan yang sepatutnya, atau tidak mengambil kita kepentingan pelajar, ujar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambahnya, memandangkan ini soal pelajaran, soal masa depan anak-anak kita, beliau yakin Datuk Seri Khaled Nordin akan mempertimbangkan keputusannya.

“Kita tak marah, masalah yang berbangkit bukan masalah kita. Itu masalah dia, mereka yang suarakan agar pinjaman PTPTN ini dihapuskan. Dia lupa banyak sekolah-sekolah, university atau kolej yang ditaja baik swasta atau kerajaan, pelajar-pelajar datang ke situ kerana ada pinjaman PTPTN.

Dia (pembangkang) cakap, dia tak tahu apa yang dia cakap. Sekali dia bercakap, dah terkena batang hidung sendiri. Baru dia sedar, apa yang dia cakap ini tak betul. Dia tak pernah mengaku dia tak betul,” ujarnya kepada media merasmikan Pelancaran Projek Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (Puncak) Peringkat Parlimen Gombak, hari ini.

Perkara itu bangkit kerana pakatan pembangkang menyuarakan pemansuhan PTPTN di mana Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khaled Ibrahim mahu pinjaman itu dihapuskan.

Beliau berkata, tindakan penangguhan sementara itu dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanya kerana mahu menyemak semula sama ada Unisel ingin meneruskan pinjaman PTPTN kepada pelajarnya atau sebaliknya.

Jelas Muhyiddin, penanguhan PTPTN itu hanya bersifat sementara, bukan membatalkannya sama sekali.

Keputusan itu kelak akan diteliti dan dipertimbangkan dengan sebaik-sebaiknya oleh kementerian sekiranya masih ada keperluan.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, saranan pembangkang supaya PTPTN dimansuhkan adalah perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan tanpa mengambil kira soal pengajian.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment