Tajuk di Malaysiakini berbunyi, ‘leave my mum alone, Azmin tells UMNO’ (Jangan ganggu ibu saya, kata Azmin kepada UMNO)
membuatkan kita tersenyum sinis.
Mungkin Azmin tidak faham bahawa yang menghancurkan hati ibunya
bukan UMNO, tetapi Azmin sendiri.
Yang menyebabkan ibunya memilih saluran media untuk meluahkan
perasaan bukan UMNO, tetapi kederhakaan Azmin sendiri yang tidak memberi
peluang dan ruang lain lagi untuk ibunya menariknya agar kembali ke pangkal
jalan.
Yang menyebabkan Azmin menjadi anak derhaka pula bukan UMNO,
tetapi Anwar Ibrahim.
Justeru, jika Azmin perlu melepaskan kemarahan kepada seseorang,
lepaskanlah kepada diri sendiri dan Anwar Ibrahim bukan UMNO.
Tidak wajar juga bagi Azmin untuk menyalahkan stesen TV dan media
yang memberi ruang kepada ibunya menyerunya pulang kerana media hanya
menjalankan tugas, iaitu mencari berita sensasi. Dan berita seorang ahli politik yang derhaka kepada
ibu pastinya sensasi.
Selagi berita tersebut benar dan bukannya fitnah, maka Azmin tidak
ada hak untuk menghalang kebebasan media.
Sedangkan parti Azmin sendiri sering mempergunakan media untuk
memburuk-burukkan keluarga dan sanak-saudara pemimpin-pemimpin UMNO maka apakah
salahnya jika media pro-UMNO juga menyebarkan berita mengenai keluarga dan
sanak-saudaranya? Apatah lagi jika
berita tersebut bukanlah fitnah, tetapi benar belaka.
Paling jelek ialah apabila Azwan, abang Azmin dari golongan LGBT
juga turut menghina ibu mereka di dalam twitter miliknya. Azwan dengan biadapnya menghina ibunya
sebagai ‘sanggup menjadi bahan TV3 untuk ratings’. Begitu rendah sekali kedudukan ibu sendiri di
mata Azwan. Namun, apa yang kita
harapkan dari seorang pondan..
Begitupun, Azmin seharusnya mempunyai kredibiliti dan integriti
yang jauh lebih tinggi dari Azwan kerana beliau bukan seorang penyanyi atau
pelakon atau pengacara murahan seperti Azwan.
Sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin dan punya tanggungjawab
terhadap rakyat.
Malangnya, Azmin tidak menunjukkan perbezaan taraf antara dirinya
dengan Azwan, si pondan tua yang kehilangan arah kehidupan. Persamaan mentaliti antara Azwan dan Azmin
pastinya menakutkan rakyat. Tidak
mungkin manusia yang ‘hilang arah’ mampu memimpin?
Seseorang pemimpin hanya akan mampu menjadi pemimpin yang baik,
berkesan dan berjaya jika mendapat restu ibunya. Tanpa restu ibu, Azmin seolah-olah telah
dilaknat untuk musnah.
Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yang telah ‘tersumpah laknat
oleh ibu’ dapat membawa kesejahteraan dan kecemerlangan kepada rakyat dan
negara?
Kita bukannya hendak menyibuk dengan perihal keluarga Azmin dan
kesudahan nasib Azmin di dunia mahupun akhirat. Tetapi sikap dan perbuatan Azmin terhadap
ibunya adalah cerminan corak kepimpinan Azmin sebagai pemimpin kanan PKR
sekiranya partinya mendapat mandat untuk memerintah.
Justeru, walaupun kita enggan menjadi penyibuk, soal restu ibu
Azmin sedikit sebanyak tetap menjadi urusan seluruh rakyat jelata.
Selain itu, sokongan kuat saudara kandung Azmin dari golongan LGBT
terhadapnya juga turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian PKR terhadap
homoseksual, lesbian, biseksual dan transgender. Tampak seolah-olah parti ini cenderung untuk
menghalalkan LGBT andainya mereka memerintah nanti.
Apa yang pasti, dua perkara yang melingkungi Azmin iaitu hubungan
sejenis dan anak derhaka, sudah cukup untuk membawa kita ke arah kemusnahan
yang dijanjikan Allah S.W.T sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya.
***GPRS
0 Komen