ADUN AJIL Nafi Keluar UMNO


Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ajil Ghazali Taib hari ini menafikan desas-desus yang tersebar kononnya beliau akan keluar UMNO.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri itu sebaliknya menegaskan beliau akan setia menjunjung amanat parti itu dan mempertahankan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tak ada, saya orang UMNO ... takkan saya nak keluar parti. UMNO akan saya junjung, presiden akan saya pertahankan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataannya dalam laporan akhbar hari ini yang menegur pentadbiran negeri pimpinan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman, Ghazali berkata ia bertujuan memastikan rakyat merasa keberkesanan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.


"Sebagai wakil rakyat yang mendengar suara rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat rakyat supaya negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu disegani dan dihormati. -Bernama
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment