Karpal Pendukung Kuat Hudud Selepas Pakatan Menang, Kenyataan Lucu


EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Bekas Ketua Pemuda Pas negeri Kelantan, Zulkifli Yaacob yang telah membidas Nasrudin Hassan serta Nik Abduh Nik Aziz yang telah menggesa Karpal Singh untuk membuat pendirian berhubung isu hudud.

Ujarnya, Zulkifli menyifatkan Pemuda Pas ini sebagai tidak bijak dan dalam masa yang sama mengatakan bahawa matlamat utama Pas sekarang adalah untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan hokum hudud.

Lebih melucukan, Zulkifli mengatakan beliau yakin Karpal Singh akan menjadi pendukung kuat hukum hudud bila pakatan pembangkang memerintah nanti.

“Perkembangan ini menunjukkan bahawa Pas hari ini bukan hanya dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin yang sanggup mengadaikan prinsip perjuangan, malah mereka mempunyai ramai juga pemimpin yang banggang.

Saya ingin menyedarkan pemimpin-pemimpin Pas yang bermimpi di siang hari ini bahawa scenario politik hari ini tidak membolehkan mereka membuat andaian ‘halalkan segalanya’demi mendapatkan kuasa dan laksanakan prinsip bila berkuasa.

Contohnya, apa yang berlaku di Perak (selepas PRU12) adalah senario yang sama sekiranya pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat,” ujarnya yang juga Pengerusi Unit Pidato dan Pengucapan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, kerajaan Perak yag dibentuk selepas Pilihanraya Umum ke-12, terdiri dari 18 Adun DAP, 6 Adun Pas manakala 7 Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Walaupun Pas diangkat sebagai Menteri Besar Perak menerusi wakilnya, Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas- Pasir Panjang), namun kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan DAP kerana mereka merupakan kumpulan majoriti yang membentuk kerajaan Perak.

Ini disebabkan pada PRU 2008 yang lalu, UMNO masih lagi menjadi pilihan utama rakyat, di kawasan Melayu.

Senario yang sama berlaku di peringkat pusat, dari 117 kerusi yang UMNO tandingi dan di dalam keadaan scenario politik yang cukup tidak menyebelahi BN, UMNO masih mampu memenangi 78 kerusi sedangkan pada tahun yang sama, merupakan keadaan yang paling baik kepada Pas, mereka hanya menang 22 (Pas hanya menambah 1 kerusi Parlimen selepas menang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu) daripada 68 kerusi yang ditandingi.

“Sedarlah wahai pemimpin Pas, bahawa pada PRU yang akan datang, akan menyaksikan orang Melayu yang telah protes pada 2008, akibat daripada dakyah-dakyah Pas dan rakan sekutunya, akan kembali menyokong dan bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Saya yakin Pas akan kehilangan banyak kerusi yang bakal ditandinginya, begitu juga dengan PKR yang akan kehilangan banyak kerusi yang bakal ditandingi oleh wakil-wakil Melayu mereka.

Sungguhpun begitu, saya tidak nafikan kemungkinan DAP menambah kerusi pada PRU yang akan datang sekiranya usaha BN untuk menambah sokongan masyarakat Cina tidak membuahkan hasil,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, ianya pasti akan menjadi lebih dashyat dari senario di Perak, seandainya pembangkang berjaya di peringkat Pusat. Ianya akan dikuasai oleh DAP sekali lagi jika jumlah mereka mengatasi Pas dan PKR.

“Jika sekarang ini, ketika mereka tidak memerintah kerajaan pusat pun, DAP sudah tunjukkan belangnya di Pulau Pinang, dengan pengusiran 18,000 orang Melayu di pulau, hapuskan kouta Bumiputera untuk pemilikan rumah, penghapusan syarat wajib tapak surau untuk kawasan perumahan baru dan yang terkini, penyingkiran kakitangan kerajaan negeri yang berbangsa Melayu.

Bagaimana mungkin jika mereka memerintah kerajaan pusat, DAP akan membuang semua sikap cauvinis mereka secara tiba-tiba demi untuk pelaksanaan hukum hudud?

Jika ada ahli Pas yang percaya bahawa Karpal Singh akan menjadi pendukung hudud yang paling kuat, jangan salahkan saya jika saya berkasar dengan mengatakan mereka ini banggang,” tambahnya lagi.  
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:50 PM

    "EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam terkejut dengan kenyataan ......."

    Syaitan yang diiktiraf sendiri oleh Mahathir mestilah terkejut sebab seorang kafir akan menyokong hukum Allah. Sebab ikut logik seekor syaitan, orang kafir akan menentang hukum Allah... jadi dia mesti menjadi seperti 'Syaitan yang dikenali' yang menentang hudud dan perintah Allah secara konsisten dan tekun sejak dilahirkan... dimatikan... dan kemudian dihidupkan semula.

Post a Comment