FAKTOR cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa
mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13
berakhir. Guan Eng begitu yakin dengan
undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas,
Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah
projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.
Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina
sudah 100% akan memihak kepada DAP.
Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di
Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar. Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0
April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan. Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan
parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.
Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari ini,
rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama
dengannya yang didakwa diamalkan DAP.
Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency)
di peringkat DUN sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008,
seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.
Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini
berkuasa. Sepanjang 4 tahun ini, tidak
banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP. Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya
sedang mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut
dengan saman.
DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik. Terang dan jelas, keutamaan diberikan
sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu dipinggirkan. Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah
orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih
kerajaan negeri pada 2008.
Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang
dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah ‘mencuri’ pelanggan mereka. Umun tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa
pengguna terbesar di Pulau Pinang, sementara orang cina mengawal bidang
perniagaan.
Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang
Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka
berpindah ke tanah besar. Inilah juga
sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga
hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal melaksanakan
satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan
rendah dan sederhana.
Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina rumah kos
rendah?
Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang
dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah pada
zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada pemaju
untuk dibina sebuah hospital swasta.
Hakikatnya, hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran Kementerian
Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah dinafikan Guan Eng.
Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal
menamakan Pengerusi Lembaga Tender
Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP
yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara
langsung dalam Lembaga itu. Jika itu
benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi
kebencian rakyat dalam masa yang sama.
Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng
dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji
pilihanraya 2008. Masalah kesesakan
jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan
sehingga sekarang, malah bertambah teruk.
Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu demonstrasi
yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan banyak lagi
sebenarnya kalau nak disebutkan disini.
Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi
besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri
kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.
Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai
pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak pernah
meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki
rumah.
Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi
indahnya, sementara rakyat dibawah menanti sahaja masa untuk menghumbankan anak
kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke tempat dimana dia
sepatutnya berada.
8:06 PM
gUfi ghd
pUhj ugg store
gMye michael kors outlet
8dHpp GHD Hair Straightener
5iZsc burberry store
2gBvr ugg pas cher
8dZwm ghd nz
3xDyx discount louis vuitton
3cYtj michael kors outlet
2oYcs ghd sale uk
8eMtc ugg uk
6eMii nike nfl jerseys
0mKsy michael kors outlet online
9hYio lisseur ghd pas cher
8vJzn cheap ugg boots
6:30 PM
tCqi coach outlet
vRgq ugg uk
lOds michael kors bags
1bChv ugg uk
4zFni chi straightener
4oSlp michael kors outlet
6zYxc wholesale nfl jerseys
4fEjg coach outlet store
1kBcv north face jackets
3nOgj ugg online
4yNta buy ghd
1iZdz michael kors
9mCdj nfl shop
1vWij planchas ghd
0vPoa ugg store