Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong
kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan
Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu
mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang
dahsyat.
Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi
(ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak
pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar
memberi impak serta kesan positif kepada negara.
Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh
akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini
pandangannya di peringkat antarabangsa.
Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang
yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar
ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan
ekonomi yang unik dan inovatif.
Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al
wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya
meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan
progresif.
Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta
mengurus negara.
Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan
yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.
ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu
melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.
Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem
penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.
Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah
melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.
Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan
memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan
dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.
Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih
RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2
juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?
Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk
pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.
Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan
perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan
bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan
keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?
Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada
janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap
aspek pentabdirannya.
Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku
Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada
Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib
telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang
lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.
Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan
yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan
begitu baik dan berkesan.
Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand
terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak
tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.
Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal
yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba
IMF.
Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan
ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar
tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar
serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.
Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk
campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan
kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.
Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi
negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi
menerusi IMF.
Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN
pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.
Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih
50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta
berkemampuan.
Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap
kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui
sokongan terus menerus rakyat kepada BN.
Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod
BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk
meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.
Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang
tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut
ataupun bukti yang nyata.
5:05 AM
6tQdi ghd hair
eGai michael kors coupon
cOcf ghd nz sale
1jCqo ugg sale
8nVfq ghd hair straighteners
9:06 PM
5jLxd ghd hair straighteners
sNcj ugg boots sale
wZqx michael kors sale
4oKbq GHD
7pAbu burberry outlet online
0cGca bottes ugg pas cher
6nVva ghd
4yRem louis vuitton shoes
9dKto michael kors handbags
4dZff ghd outlet
2xIok ugg boots cheap
5wKkx wholesale nfl jerseys
3aAvz michael kors sale
9sFse Lisseur GHD
6xGvu ugg boots
7:06 PM
eInb ghd hair
bMbn ugg store
qZjl michael kors outlet
2kSru GHD
7yKzg burberry outlet online
8lEau bottes ugg
1cEto ghd
6kNlw discount louis vuitton
1eDom michael kors sale
8qTmz ghd offers
1qThv cheap uggs
5pWog wholesale nfl jerseys
0oEbr michael kors outlet
8hXvn GHD Pas Cher
7yLcd cheap ugg boots
4:34 AM
xPqu coach outlet online
cBea zIwl michael kors outlet
4zZtc ugg boots cheap
3kAel chi hair straightener
7bUov michael kors sale
6zGbh nfl football jerseys
7uUva coach outlet online
3hKoy 2qFal botas ugg españa
6tAon 3hTtr michael kors
3kGxb nfl shop
3aByp ghd españa
9mRga discount uggs