Perang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud
masih belum reda malah terus membara.
Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut
yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan
Raya Umum ke 13 nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS
bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik
sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak
dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya
terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika
Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik
dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara
Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda
politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara
terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang
menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP
dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh
panggang dari api.
Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh
Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi
Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud
malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal
menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang
menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan
diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah
tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja
dari sekarang.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang
hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok
dengan selera DAP.
PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan
Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin
tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum
hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah
dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada
tahun 2009.
PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya
yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai
tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
Tidak cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula
pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua
Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai angkuh,
bongkak dan sombong.
Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara
biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka
satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar
dalam hari-hari mendatang.
Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional
sebagai musuh utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar
mereka sendiri.
Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang
paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.
Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang
hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat
dan justeru tidak mahu mengalah.
PAS setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman
DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima
wakilnya melompat menjadi ahli bebas.
Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti
perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua
Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai
barisan pembangkang dalam Parlimen.
Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar
sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu
yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.
Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana
Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada
pemimpin PAS bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.
Namun untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan
Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa,
pangkat dan kedudukan.
Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka
terbuktilah PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak
mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.
Jika PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam,
elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan
semua kerusinya kepada PKR dan DAP
Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia. (BB)
0 Komen