Sokongan
Transparency Malaysia (TI-M) terhadap penerimaan dana asing oleh pertubuhan hak
asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) tidak mengejutkan.
Ini kerana
sokongan tersebut mengikut budaya seperti kata pepatah Inggeris, 'birds of a
feather flock together' atau burung yang sebulu akan berkelompok sama.
Ini kerana
TI-M merupakan satu cawangan atau 'chapter' daripada TI yang berpusat di
Berlin, Jerman sementara Suaram pula di dakwa menerima dana daripada Kedutaan
Jerman di Kuala Lumpur.
Jadi
kedua-dua pertubuhan mempunyai persamaan dari segi sumber dana yang diperolehi
untuk membiayai aktiviti mereka.
Sudah
tentunya Suaram dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan yang lain juga menerima
daripada pelbagai sumber asing seperti yayasan antarangsa seperti Open Society
Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros.
Selain itu
Suaram juga didokong oleh dana daripada National Endowment for Democracy yang
berpusat di Washington) serta Southeast Asian Centre for e-Media.
Semua dana
yang diterima Suaram adalah melalui sebuah entiti yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernama Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) ang
berfungsi sebagai sebuah syarikat perniagaan.
Umpamanya
rekod SSM mendedahkan SISB menerima RM558,000 (AS$188,775.65) daripada OSI
antara 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dan dana
tersebut kemudiannnya di salurkan kepada Suaram bagi menjalankan aktivitinya.
Selain itu
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering kali menerima bantuan kewangan daripada Konrad-Adenauer-Stiftung yang merupakan satu
yayasan politik di Jerman bagi menjalankan aktiviti latihan dan program
pengrekrutan ahli-ahli parti samada di dalam atau di luar negara.
Malah OSI
juga turut di dakwa membiayai kegiatan politik PKR serta portal berita
Malaysiakini dan Institut kajian Dasar (IKD).
Malaysiakini
adalah portal berita berasaskan internet yang kononnya mahu menghidangkan
berita yang seimbang kepada rakyat Malaysia tetapi umum tahu ia sememangnya
bias terhadap kerajaan melalui artikel dan kritikan pedasnya kebelakangan ini
ia sudah menjadi amat pro-pembangkang.
Wartawan,
kolumnis serta penulis sambilan Malaysiakini terdiri daripada mereka yang
dikenali di kalangan parti pembangkang dan NGO pro-pembangkang.
IKD pula
merupakan badan pemikir atau 'think tank' kepunyaan Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim dan telah diasaskan sejak tahun 1980an lagi.
Ia kini
diterajui oleh kroni rapat, Anwar, iaitu Khalid Jaafar yang dahulunya adalah
Setiausaha Akhbar beliau dan bertanggung jawab menulis ucapan-ucapan Anwar.
Malah buku
Asia Renaissance yang kononnya ditulis Anwar sebenar adalah hasil karya Khalid
sendiri.
Dalam
pertahankan Suaram, TI-M mendakwa kerajaan Malaysia juga menerima sumbangan
daripada pelbagai institusi luar negara.
Sumbangan-sumbangan
tersebut diterima adalah atas dasar persetujuan kerajaan ke kerajaan atau
G-to-G bagi membiayai program-program sosio-ekonomi untuk meningkatkan kualiti
hidup rakyat negara ini.
Umpamanya
pada tahun 1970an kerajaan Malaysia banyak menerima sumbangan daripada
organisasi-organisasi Jepun seperti Japan International Cooperation Agendy.
JICA banyak
memberi geran dan juga pinjaman berfaedah rendah bagi membiayai banyak
projek-projek pembangunan seperti projek untuk meningkatkan hasil pertanian
yang kini dinikmati oleh rakyat serta membantu ekonomi negara.
Berbeza pula
dengan Suaram yang menerima dana asing atas atas kapasiti sebuah syarikat
perniagaan yang menjalankan aktiviti bertentangan dengan aspirasi rakyat
Malaysia.
NGO-NGO
seperti Suaram san sebagainya bergerak atas prinsip-prinsip perjuangan yang
luhur seperti hak asasi manusia, kebebasan media, kebebasan bersuara, melawan
rasuah dan salahguna kuasa tetapi hakikatnya mereka melaksanakan agenda
tersembunyi pemyumbang dana yang membiayai kegiatan mereka.
Dalam kes
Suaram, bagaimana sebuah NGO yang ditadbir oleh sebuah syarikat swasta mampu
berkempen di Perancis supaya mahkamah negara itu membuak siasatan ke atas
pembelian kapal selam Scorpene?
Apa pula
kepentingan Suaram di dalam proses pembelian Scorpene apabila ia bukanlah pihak
yang berkepentingan dalam urusan antara kerajaan Malaysia dan Perancis?
Ini bermakna
Suaram menjadi alat kepada OSI dan pihak pembangkang di negara ini untuk
menentang kerajaan dengan menjadi suara sumbang menimbulkan pelbagai fitnah dan
dakwaan yang tidak berkait langsung dengan kes kapal selam.
Apabila kes
di mahkamah Perancis nampaknya sudah tidak berapa memihak kepada mereka, Suaram
menukar taktik dengan mengalihkan pandangan rakyat kepada isu pembunuhan wanita
Monggolia, Altantuya Shaariibuu pula.
Di mana
letaknya perjuangan hak asasi Suaram yang menjadi prinsip pertubuhan itu kerana
ia kini dilabel lebih sebagai perkakas politik kepada Anwar daripada
memperjuangkan isu-isu kemanusiaan?
NGO seperti
Suaram, portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta
agensi tinjauan pendapat, Merdeka Center semuanya bergantung kepada dana asing
untuk membiayai aktiviti mereka.
Bermula
dengan perjuangan untuk menegakkan nilai-nilai yang murni, mereka akhirnya
dimangsakan oleh pembiaya asing yang tidak lain tidak bukan ingin melaksanakan
agenda yang tidak memberi kebaikan kepada negara.
0 Komen