Ngeh Koo Ham Mahu Jadi 'Pahlawan Di Dalam Reban'


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang hari ini telah membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada petang ini bagi menyatakan bantahan keras terhadap kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Laporan polis ini diketuai ketuanya, Safarizul Mustafa bersama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Jakamas, Perkasa dan MAYS.

“Kami merasa kesal seorang rakyat Malaysia seperti Khoo Ham boleh mengeluarkan kenyataan menghina Islam. Sepatutnya, sebagai rakyat yang faham akan kedudukan agama Islam dinegaranya sendiri, beliau seharusnya sedar akan kenyataan yang dikeluarkanya boleh menimbulkan kemarahan dan mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, lebih menyedihkan lagi di kala manusia hari ini berada dizaman yang bertamadun masih terdapat pemimpin parti yang berfikiran kuno yang lansung tidak mencerminkan kepimpinan yang bertamadun.

Apakah kenyataan yang dibuat oleh Koo Ham sekadar untuk meraih popularati yang kian menghilang dikalangan pemimpin DAP yang kerap menjadi kencaman masyarakat umum ataupun ingin menjadi "pahlawan didalam reban" menunjuk hebat bukan ditempatnya,” ujarnya selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Turut sama dalam bantahan tersebut ialah Ybhg Dato' Ismail Kijo, Ketua UMNO Bahagian Ampang.  

Beliau menegaskan "kenyataan Koo Ham kurang ajar, umat Islam sanggup mati mempertahankan kesucian Islam dan Koo Ham diminta memohon maaf kepada semua rakyat beragama Islam Malaysia dan seluruh dunia serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkanya."

PAS dan PKR juga dicabar mengeluarkan kenyataan mengutuk Koo Ham. Jika mereka tidak berbuat demikian, apakah mereka bersetuju maruah Rasullullah dan Islam dihina begitu rupa.

“Di mana pendirian dua parti ini keatas kedudukan Islam dalam Negara ? Semua pihak berkuasa juga diminta mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment