Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat
menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui
Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang
sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin
boneka pilihan mereka.
Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu
menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju
SUARAM.
Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM
menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing.
Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS
sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan
bakal berhadapan dengan undang-undang.
Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR
bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana
asing.
Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan
bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar
kemungkaran kerajaan.
Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing
menyumbang dana kepada mereka? Apakah
agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan
dana yang begitu banyak saban tahun?
Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau
keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat.
Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi
Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.
Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan
pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup
liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.
Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke
mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga
tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka. Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi
tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia
dan banyak lagi negara-negara lain.
Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang
berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita
apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang
tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan
rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan. Ketidakstabilan ini lambat laun akan
mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi
dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka.
Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak
asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH,
adalah membawa agenda dan matlamat yang sama.
Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan
mereka tidak punya masalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan liberalisme mahupun
pluralisme.
Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam
PAS benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan
dana dan agenda asing tersebut.
Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba
mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam
pembelian kapal selam. Kononnya,
kerajaan berada dalam keadaan ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’.
Namun, tulisan Aspan yang ‘malu-malu’ untuk menyebut mengenai
SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya
membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas.
Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh
kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah
selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga
mahkamah. Yang tidak konsisten dan sentiasa
berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan
artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR. Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah
luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar.
Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan. Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan
mengelak dari mengulas mengenai dana asing?
Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan
soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS, iaitu
kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?
Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya
bahawa ‘wang dari darah umat Islam’ yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan
penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia,
menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?
Apakah kedudukan ‘halal-haram’ menerima wang dari sumber yang
jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah
umat Islam?
Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang
dibanggakan PAS iaitu, ‘Asal Bukan UMNO’, maka Yahudi hatta syaitan pun tak
apa? (BB)
0 Komen