Ketika umat
Islam di Negara ini dan seluruh dunia
berang dengan filem pendek, Innocence of Islam dan karikatur majalah Charlie
Hebdo yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, pemimpin pembangkang
khususnya PKR hanya berdiam diri.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’
Sohaimi Shahadan mempersoalkan ke mana perginya pemimpin-pemimpin PKR seperti
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Saifuddin Nasution,
Rafizi Ramli dan sebagainya yang sebelum ini dilihat lantang bersuara
menghentam pemimpin Barisan Nasional (BN),
langsung tidak kedengaran dalam mempertahankan Rasulullah yang dicerca
oleh musuh agama.
“Sepatutnya mereka juga bangkit dengan mengutuk
perbuatan penulis dan pengarah filem tersebut, Sam Bacile yang mengundang
kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan menyebabkan Duta Amerika di Syria
terbunuh.
Apakah
sikap membisu pemimpin PKR ini kerana takut dengan tekanan Amerika
Syarikat dan
sekutunya yang selama ini membiayai kewangan dan menyokong perjuangan politik
mereka di negara ini?
Malah
mereka juga langsung tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan
Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang
mengganggap bantahan umat Islam terhadap filem tersebut sebagai membuang masa
dan tenaga,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya,
kenyataan Ngeh Koo Ham itu yang dibuat melalui Twitter – walaupun sudah meminta
maaf – menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati Islam.
Lebih dikesali, beliau dengan mudah meminta maaf selepas menyinggung perasaan
umat Islam.
“Sebagai
pemimpin, Ngeh Koo Ham sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan
kenyataan terutama berhubungan sensitif agama dan perlu mengambil iktibar
daripada kejadian tersebut.
Seperti
kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa inilah kita perlu
bersatu dan bersama-sama dalam mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW tanpa
mengira fahaman politik kepartian.
Isu
ini juga perlu menjadi pengajaran kepada semua ahli politik khususnya
pembangkang dan pemimpin bukan kerajaan (NGO) agar saling hormat-menghormati
adat dan agama kaum-kaum lain di negara ini. Hentikan sebarang provokasi
melampau agar keharmonian negara dapat dikekalkan sampai bila-bila,” ujarnya
yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).
0 Komen