Jawapan Noh Omar kepada Yaakob Sapari.Tanah TKPM Bila Nak Pulangkan.


Semalam Yaakob Sapari mengeluarkan kenyataan media supaya tanah Mardi di Serdang tidak dijual untuk menjaga kepentingan petani. Kenyataan beliau dijawap secara sinis oleh Noh Omar yang tidak pasti tanah apakah yang dimaksudkan oleh Yaakob Sapari. Menurut Noh Omar, Exco Selangor ini lebih baik menjaga tanah di Selangor sahaja yang kita sedia maklum telah dirampas oleh kerajaan Selangor dulu. Klik sini

Sekadar imbasan kepada isu tanah di Selangor, Noh Omar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 25 tapak Tanah Kekal Pengeluaran Makanan telah dirampas oleh kerajaan Selangor walaupun tanah tersebut telah mengeluarkan hasil mencecah 25 juta ringgit.

Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan drakula, kerana sanggup 'menghisap darah' rakyat sendiri demi menjaga kepentingan politik.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan kerajaan negeri yang sanggup merampas tanah Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) milik 25 peserta di Taman Agroteknologi Bestari Jaya yang turut menyumbang kepada isu kekurangan bekalan air dinegeri itu.

"Kezaliman mereka terbukti. Tanah TKPM yang telah dibangunkan sejak 12 tahun lalu dengan hampir RM25 juta hasil pertanian dikeluarkan di sini, tetapi hari ini senang-senang dia keluarkan notis nak halau semua peserta.

"Kita sedar, tanah itu tanah kerajaan negeri, tetapi pembangunannya di kawasan tersebut melibatkan kementerian pertanian dan kita pun ada MoU (memorandum persefahaman).

Mengapa sekarang hendak dirampas? Sebagai Menteri pertanian, saya telah arahkan Jabatan Pertanian untuk mempertahankan TKPM ini daripada dirampas kerajaan negeri," katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Tanjung Karang, semalam.- Antara Pos 14/4/2012

Nampaknya Kerajaan Selangor semakin goyang dengan Noh Omar. Isu terbaru yang dibangkitkan oleh Noh Omar sehingga kini masih tidak dijawap oleh Khalid Gagap, malah lebih malang lagi beliau menghantar paglima tempang seperti Ng Sue Lim, Yaakob Sapari, Suhaimi Shafei untuk menggangu gugat pendedahan Noh Omar.

Kita masih belum mendapat jawapan daripada Khalid Gagap pendedahan Noh Omar bahawa kerugian Unisel adalah disebabkan kelemahan pentadbiran PKR dan juga hutang Unisel kepada Jana Niaga tidak dibayar kononnya tiada CF. Noh Omar telah mendedahkan bukti CF telah dikeluarkan tetapi Khalid Gagap sehingga ke hari ini masih berdiam diri.

Strategi Khalid Gagap menghantar panglima tempang nampaknya tidak berjaya. Ng Sue Lim diperbodohkan di Tg Karang. Yaakob Sapari umpama meludah ke langit terpalit ke muka sendiri. Agaknya apalah strategi Khalid Gagap akan datang?

Sumber: KitaGempur
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment