Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
(GPRS) hari ini membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja
Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang
sangat angkuh berkaitan perjanjian pembekalan air dari negeri Pahang.
Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan dan sikap
Exco Kerajaan Negeri itu langsung tidak mencerminkan portfolio yang dipegangnya
iaitu ‘Kerajaan Prihatin’ kerana lebih mengutamakan politik daripada
kepentingan ramai terutama rakyat negeri Selangor.
“Saya turut kesal dengan kenyataan Xavier bahawa Selangor tetap
tidak berganjak untuk tidak membenarkan pembianaan Loji Rawatan Air Langat 2
kerana dakwanya bekalan air mentah di negeri ini masih mencukupi.
Xavier dan kerajaan Selangor sengaja tidak mahu memahami bahawa
projek Langat 2 perlu disegerakan sebelum berlaku krisis air yang dijangka
berlaku pada 2016 yang memberi kesan kepada penduduk di Lembah Klang,” ujarnya
dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Justeru rakyat Selangor perlu lihat, fahami dan nilai sendiri
sikap dan mentaliti wakil rakyat PKR ini yang bodoh sombong serta hanya
mementingkan politik kepartian semata-mata. Barangkali mengetahui tidak akan
memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13, kerana itu mereka berdegil
untuk tidak melaksanakan projek Langat 2.
Ini adalah strategi kerajaan pakatan pembangkang yang sengaja mahu
menyusahkan rakyat dengan menyekat apa juga projek yang mahu dijalankan
kerajaan Persekutuan dengan alasan-alasan tidak relevan yang mengelirukan
rakyat.
“Dan apabila sesuatu berlaku, mereka (kerajaan negeri) akan segera
menuding jari menyalahkan kerajaan Pusat, sekaligus mendapat mileage politik
daripada isu yang sengaja ditimbulkan oleh mereka sendiri.
Justeru rakyat juga dinasihatkan agar melihat isu ini dengan fakta
yang tepat, bukan sekadar mendengar omong kosong oleh pemimpin yang mempunyai
agenda politik dan sarat dengan agenda terselindung.
Malah kenyataan Xavier juga mengelirukan apabila beliau mengatakan
bekalan air mentah di Selangor mencukupi sedangkan sebelum ini Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu ‘mengimport’ air mentah dari Tasik Kenyir
yang didakwanya lebih murah,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Namun kos memasang saluran paip sahaja sejauh 500 kilometer
melalui rizab saluran gas dari tasiki Kenyir ke Langat dianggarkan RM11.3
bilion, tidak termasuk kos pam dan operasi sedangkan kos projek Langat 2
termasuk loji rawatannya hanya RM6.2 bilion!
“Kalau Xavier tidak tahu mengira atau membezakan angka mana yang
lebih besar dan merugikan, saya boleh bantu mengajar ilmu matematik yang paling
mudah!
Saya mencabar Xavier untuk berdebat isu air, biar rakyat menilai
yang mana benar dan mana yang auta. Kalau tidak faham, Xavier boleh belajar
dengan pihak yang lebih arif, boleh memberi kenyataan dangkal yang boleh
memeningkan kepala rakyat.
Hal-hal yang berkaitan rakyat tidak usahlah dipolitikkan kerana
kelak rakyat yang menanggung derita. Projek Langat 2 tidak boleh disiapkan
semalaman apabila krisis air melanda kelak. Malah kerana kedegilan dan
keangkuhan kerajaan negeri, kelewatan untuk menyiapkan Langat 2 boleh
menyebabkan kosnya melonjak sehingga 70 peratus,” tambahnya.
Sehubungan dengan itu, GPRS mahu rakyat menolak kerajaan negeri
yang mementingkan diri sendiri ini pada pilihan raya umum akan datang.
7:17 PM
Mereka sudah tahu yg mereka akan kalah di Selangor sebab itu mereka tak nak meneruskan projek ni. Jadi bila BN ambil alih, sudah tentu BN akan dipertanggungjawabkan bila berlaku krisis air nanti. Mereka akan lepas tangan dah menuduh BN gagal mengurus krisis air....Faham strategy mereka? Walhasil, mereka semua busuk hati dan dengki. Mereka tak peduli apa jadi pada rakyat.