Tindakan kerajaan Selangor menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama dan memberi ucapan di majlis sambutan Hari
Kemerdekaan ke 55 sebagai usaha untuk mempolitikkan acara rasmi kerajaan.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata apa
yang berlaku itu sungguh mendukacitakan apabila acara sambutan kemerdekaan yang
g sepatutnya menjadi acara menyatukan rakyat telah menjadi program
memecahbelahkan rakyat.
“Ternyata Kerajaan Selangor menampakkan belangnya yang sebenar
dengan mentadbir negeri mengikut
kehendak tanpa mengambil kira kedudukan, protokol dan sebagainya. Ini juga
adalah bukti memang pakatan pembangkang mempunyai strategi dan perancangan yang
tersendiri bagi menghapus atau mengurangkan peranan istitusi diraja dalam pentadbiran
negeri dan negara ini.
“ Jika amalan ini berterusan, ia sebenarnya mengundang bahaya
kerana majoriti rakyat nyata mempertikaikan tindakan Kerajaan Selangor itu.
Sudah tentulah saya meyakini bahawa apa yang dilakukan oleh Khalid selaku
Menteri Besar Selangor semestinya
dirancang dan kita tidak menolak kemungkinan ianya atas arahan dan kehendak
Anwar sendiri,” katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong menyifatkan apa
yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu sungguh tiada menampakkan ketelusan dan kewibawaannya
dalam menangani isu berkenaan.
“Ini bukanlah kali pertama
pentadbirannya membelakangkan Sultan, sudah tentu apa yang berlaku itu bukan
tidak disengajakan apatah lagi amalan sebelum ini sangat jelas Tunku Sultan
sebagai institusi penting dijadikan tetamu utama sebagaimana dijalankan di
negeri-negeri lain.
“Keangkuhan dan kesombonganya sangat jelas apabila belum membuat
kenyataan kepada media berkaitan isu ini, dan lebih menampakkan kelemahan
pentadbirannya apabila menyalahkan pihak lain ( Setiausaha Kerajaan Negeri –
SUK ) apabila isu ini menjadi isu hangat yang dipertikaikan oleh banyak pihak,”
katanya.
Menurutnya, yang dipersolakan dan mendapat perhatian ialah kenapa
Anwar sebagai pemimpin yang tidak ada kaitan dengan acara itu dijemput.
“Tidak mungkin ia tidak dirancang. Sebab itu, saya melihat ia juga
dibuat bagi mempopularkan Anwar, supaya rakyat bercakap `negeri lain jemput
Sultan atau Tuan Yang Terutama tapi
Selangor jemput Anwar ..kononnya rakyat akan bercakap Anwar setandiing dengan
Raja!
“Ini semua adalah perancangan licik yang mahu melihat kononnya
Anwar itu sebagai seorang yang hebat dan setaraf dengan Sultan, ia adalah
sesuatu yang amat merbahaya dan merosakkan institusi Diraja dalam negara ini.
“Saya melihat dalam kejadian yang berlaku di Selangor selain
daripada usaha licik mengurangkan pengaruh dan fungsi istana, ia adalah juga
bagi tujuan mempolularkan Anwar dan pembangkang sendiri. Kita tahu bahawa hidup
mereka atau pembangkang adalah melalui isu kerana dengan mencetuskan pelbagai
isu.
“Walaupun mereka akan mendapat tentangan tetapi bagi penyokong
mereka yang fanatik tetap mengiakan apa yang mereka lakukan dan dengan
sendirinya ia akan mempopularkan Anwar dan pembangkang serta mereka akan hidup
dengan mencetuskan isu-isu ini.
Beliau menyeru supaya rakyat khususnya di Selangor mesti menolak kerajaan seumpama itu kerana mereka
telah mencorakkan suatu bentuk pentadbiran yang boleh merosakkan tradisi serta
amalan yang telah dipegang sejak sekian lama.
“Mereka mentadbir secara membabi buta dan apabila rakyat
membantah, mereka meletakan kesalahan kepada orang lain, ini adalah contoh
kerajaan yg tidak bertanggungjawab.
“Persoalannya bagaimana kita mahu menghentikan semua ini. Pada
saya ia boleh kita lakukan iaitu dengan cara kita menolak mereka dalam Pilihan
Raya Umum ke 13 nanti. Itu sahaja cara yg boleh kita menghalang usaha yang
sedang pembangkang lakukan sekarang ini,” katanya.
UMNO-Online
0 Komen