Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008,
Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah. Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan
Negeri Kedah.
Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan
perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut. Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di
Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’
Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan
keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat. Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa
Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.
Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu
yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran
PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat
menentang hudud.
Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang
untuk melaksanakan hudud. Sebaliknya,
hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik
pemimpin-pemimpin PAS yang licik.
Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut
pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana
terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh
dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan
qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi
menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.
Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang
Dewan Rakyat pada tahun 2011.
Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang
desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran
Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah
disengajakan. Ini bertujuan untuk memastikan
Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus
mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud.
Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk
hati.
Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti
Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan
Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat. Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk
turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk
menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar. (BB)
3:34 PM
Bukan kat Kedah je tapi seluruh negara..
Pas nak buat hudud ke..hanya pacacai dan penyokong je yang lebih:-
1, Hadi kata dlm muktamar PAS dikota baru tahun sudah Hudud bukan perjuangan PASm sekarang dah tukar menjadi negara berkabajikan.
2. Azizan pulak berkata Hudu tak sesuai dijalankan dikedan sebab ianya bukan perjuangan sebenar PAS.
3. Nizar sewaktu menjadi MB pulak pernah mencabar Tajul Rosli dalam sidang dewan undangan negeri Perak supaya ditunjukkan dimana dalam perlembagaan penubuhan parti pas berkenaan dengan perlaksanaan hudud.
4. Mat Sapu pulak dalam sebuah akhbar cina beberapa hari lepas telah menyatakan PAS tidak akan melaksanakan hudud sekira nya Putrajaya ditawan.
5, Semalam pula Timbalan Menteri Besar Kelantan menyatakan bahawa AJK untuk membuat kajian berkenaan dengan perlaksanaan hudud cuma baru sekali bermesyuarat sejak ditubuhkan pada Oct 2011..lepas tu terus senyap..dah dekat setahun penubuhannya baru sekali je mesyuarat so sampai bila hudud nak dilaksanakan ni.
6. Bila sebut je hudud..Karpal Singh dan DAP terus menghina dan menyergah PAS...tapi semua melayu PAS tunduk menyorok kepala saperti kura-kura..tak berani angkat muka pun ..pabila ada mantan timbalan presiden bersuara mempertahankan hudud...dia dipersalahakan dan nak dipecat pulak..
Hakikat sebenarnya hudud akan timbul menkelang pilihanraya sebagai umpan untuk menipu penyokong bodoh mereka..islam digunakan sebagai topeng untuk kepentingan politik.