Walaupun
pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti
tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin
melaksanakannya. Sebaliknya, hanya
Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.
Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
secara ‘rasminya’ meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan
menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah
terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.
Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa
mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya? Justeru, mereka mengambil jalan selamat
dengan menghantar seorang saja ‘pejuang’ (Karpal Singh) untuk menghadapi
beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS).
Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan
memalukan diri sendiri di depan musuh.
DAP pastinya telah mencongak-congak akibat
jika ‘pejuang’ yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang
mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar. Namun begitu, DAP lebih yakin yang
anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus
menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi.
Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina,
mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang
menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS. Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan
pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan
diri.
Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama
bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu
berpolitik, termasuklah Melayu PAS.
Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan
sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud
ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.
Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan
lantang serta berada lebih tinggi dari PAS.
Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah
kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.
Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud
akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi?’.
Benar, ia mungkin hanya strategi politik
untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan
Rakyat. Tetapi, selama ini pun DAP
sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka. Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP
perlu berselindung dalam menyanggah PAS?
Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa? DAP dihormati kerana keterbukaan dan
kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk
atau berselindung dari sesiapa.
Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP? Inilah yang menjadi topik perbualan di
kalangan kaum Cina hari ini.
Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah
dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah
pemerintahan PR . Oleh itu, kaum Cina
melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk
mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.
Jelas, menyanggah PAS secara berselindung
tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP.
Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas
kewibawaan parti itu.
Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang
tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip
Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah,
tegas dan kekal. PAS perlu dilihat
menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang
atas nama Allah S.W.T - jika benar
ikhlas ingin melaksanakan hudud.
Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan
dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.
Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika
masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan
Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP. Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi
pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun
hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…? (BB)
5:59 AM
6lMra ghd hair straighteners
vRjb michael kors handbags
pPpt ghd nz sale
7qAce cheap ugg boots uk
3oHrk ghd straightener