Tindakan segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disifatkan Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi
menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu
dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan
lanjut.
"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya
dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang
juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan
Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan
bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.
Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di
Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55,
ada peserta membawa 'bendera baharu' yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak
menghormati kedaulatan negara.
Hishammuddin berkata apa yang dilakukan pihak berkenaan juga
dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan
menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri
Mustapa Mohamed dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin.
Umno Bahagian Pengkalan Chepa turut mengadakan Rumah Terbuka
Aidilfitri yang dihadiri ribuan tetamu.
6:14 PM
Hishammudin lebih baik kau diam .....Kau adalah menteri yang paling lemah pernah mengetuai KDN faham tak ........Aku adalah penduduk dikawasan kau tapi aku tak akanmengundi kau untuk pilihanraya ini .
Kau ni memang pengecut dan memalukan dan kau mesti bertangung jawab jika melayu mengamok .BODOH PUNYA HISHAMMUDIN BIN HUSIN BIN OON BIN JAFAR
6:19 PM
Hisham dan ketua polis negara sama sama pengecut dan bacul......dan sungguh memalukan .Jangan sampai rayaat majoriti benci kat kerajaan .
Memang sial menteri KDN kali ini macam bapok ....kedi
5:59 AM
3bRzy ghd flat iron
tHdr michael kors bags
iXik ghd hair straighteners
7fPpe ugg uk
1oRix ghd straighteners