Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor
membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua
Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada
majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.
"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada
Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya
ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri
Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di
Sungai Buluh di sini, hari ini.
Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik'
yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan
manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.
"Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka
tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan
pembangkang)... janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa
asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya.
Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu
menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak
mereka tidak dihormati.
Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata sepanjang tiga
tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.
Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak
terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dan baucar buku.
Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya
menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.
Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya
mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban
dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).
"Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti
berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu".
Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya
meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.
"Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan
perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.
"Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN
akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang
ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin
Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor.
6:00 AM
0zWlr ghd australia
yCcu michael kors bags
aYmu ghd hair straighteners
9sAkk ugg sale
0hGsi ghd sale uk