Selangor Gagal Bezakan Program Rasmi Kerajaan Dengan Politik- Noh


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor  dilihat gagal membezakan program rasmi kerajaan negeri dan program politik apabila menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat pada sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan, Khamis lepas.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan menjemput Ketua Pembangkang itu jelas menunjukkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba membawa budaya 'pembangkang' ke dalam pentadbiran negeri ini.

"Mengapa Anwar yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi
kerajaan negeri menjadi tetamu kehormat dalam sambutan ini, dan bukannya dalam kalangan yang memegang portfolio rasmi dalam kerajaan.

"Justeru, kami nak mendapatkan penjelasan Menteri Besar sendiri sama ada program sambutan kemerdekaan ini program rasmi kerajaan ataupun program politik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan negeri yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kerajaan  negeri sepatutnya membincangkan sambutan itu di peringkat exco selain jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan sikap lepas tangan Abdul Khalid
yang meminta Mohamad Khusrin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan peringkat negeri, memberi penjelasan berhubung laporan bahawa kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis itu.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu  kenyataan menafikan kerajaan negeri sengaja membelakangkan Sultan Selangor dalam majlis tersebut.

Beliau berkata Mohamad Khusrin mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput ke malam ambang kemerdekaan kerana baginda dijangka hadir dalam program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos, iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri.

Faekah juga berkata program sambutan pada malam kemerdekaan sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran Sultan Selangor.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

61 Komen

Post a Comment