Petaling
Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di
negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna
dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.
Presiden
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata
maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru
pihak mana yang betul dalam isu berkenaan.
Tarif air naik
Katanya,
dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi
perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan
Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.
Jacob
berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang
sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara
secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk
memperbaiki keadaan di negara ini.
“Saya
terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan
mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang
tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan
Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Beliau
mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga
Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya
diselesaikan melalui platform lain.
Tak relevan
Katanya,
masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna
untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya.
“Kenapa
kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan
meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan
kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan
Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.
Loji Langat 2 perlu
Mengenai
rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan
negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu
dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan
ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.
Dalam
hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila
berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku,
walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak
mencukupi.
6:00 AM
9dBzc ghd hair
eLxr michael kors handbags on sale
nWvm ghd nz sale
5yGcd ugg sale
1cRbp cheap ghd