Selangor Bina 23,637 Rumah Kos Rendah- Tony Pua Menipu


Kenyataan  pakar ekonomi DAP, Tony Pua semalam bahawa Selangor telah siap membina 23637 buah kos rendah,  ini mengelirukan rakyat, khususnya penduduk Selangor ini.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon hari ini mempersoalkan kenyataan Tony tersebut, kerana rakyat Selangor nak tahu apakah benar kenyataannya bahawa sebanyak 23,637 buah kos rendah telah siap dibina di negeri Selangor.

“Setakat ini setahu saya, mana-mana saya pergi pun belum nampak pembianaan rumah kos rendah sudah siap. Di sini saya dapati pakar ekonomi DAP ini kena cari betul-betul ataupun patah balik belajar kerana jawapan atau kenyataannya merupakan satu penipuan yang mengelirukan semua penduduk di Selangor ini.

Dalam 23,637 unit yang dikatakan telah dibina, setakat ini saya nak tanya apa definasi rumah kos rendah? RM35 hingga RM42 ribu, itu dikatakan kos rendah melalui definisi Kementerian Perumahatan Kerajaan Tempatan (KPKT). RM42 ribu ke atas, dikira sederhana manakala RM75 ribu hingga RM100ribu itu sederhana atas,” ujarnya membidas kenyataan Tony Phua yang mengatakan Selangor telah siap membina 23637 buah kos rendah di Selangor.

Tambahnya, apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar Selangor selepas mereka memerintah, Khalid Ibrahim kata mereka akan bina 30,000 buah rumah kos rendah tetapi hari ini, apa yang ada Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Hulu Selangor, beliau mempunyai data yang tepat mengenai pembinaan rumah kos rendah di kawasan-kawasan tersebut.

“Dari 23,637, yang benar-benar sudah diduduki orang ialah 287 unit manakala 6352 dalam pembinaan. Lebih kurang 17,000 belum dibina lagi dan kalau belum dibina, mana datangnya rumah dan siapa pula yang menginap?

Ini sebenarnya satu penipuan, sama juga dengan MB yang mengatakan bahawa Manisfesto bukan janji. Kalau bukan janji, adakah pengundi di Selangor ini telah diperbodoh-bodohkan oleh MB, Tony Pua mahupun pakatan pembangkang ini sehingga terbentuknya kerajaan PKR, PAS dan DAP di Selangor ini.

Kalau kita lihat kembali kategori kos rumah ini, dari 30,000, mereka hanya bina 5612 buah, yang belum bina 4499. Rumah kos RM42ribu hingga RM75ribu, 2500 buah rumah tetapi rumah berharga RM70-RM100 ribu, ada 15ribu buah,” ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan nama Azman Ching di kalangan masyarakat dan pemimpin politik Selangor.  

Tambahnya, ertinya PKNS, kalau unit ini ingin membantu dari golongan keluarga miskin, pembinaan 15ribu unit rumah berharga RM70-RM100 ribu, ini bukan membantu keluarga miskin sebaliknya mereka bekerja dengan kontraktor yang lain, ini mengautkan keuntungan dan bukannya bantu keluarga miskin.

“kita kat Selangor, yang masih ramai orang yang miskin, kita kena bantu. Maka, mengapa rumah kos rendah ini bina hanya sepatutnya bina 30ribu unit, tetapi mereka bina hanya 5ribu unit?

Saya nak tanya Tony Pua, adakah dia mewakili Menteri Besar sewaktu beliau bercakap di dalam parlimen.  Adakah dia mewakili EXCO, Teresa Kok ataupun Ronnie Liu? Kalau dia tidak mewakili negeri Selangor, apakah jawatan dia bagi pihak negeri Selangor untuk menyampaikan kenyataan sebegini di Parlimen?.

Sebaliknya jika dia tidak mewakili MB ataupun kerajaan negeri Selangor, maka dia kena minta maaf. Dia kena minta maaf dengan rakyat Selangor, dia kena minta maaf kepada MB, Exco dan kerajaan negeri Selangor,” ujarnya yang juga Penyelaras BN DUN Pandamaran, Klang. .
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

67 Komen

Post a Comment